loading...
  • Breaking News

    Thursday, December 22, 2022

    Anwar saman MP Kuala Terengganu kerana fitnah dirinya berbohong terima gaji RM1 ketika menjadi Penasihat Ekonomi Selangor



    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Ahmad Amzad Hashim atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah bahawa beliau berbohong menerima gaji RM1 ketika menjadi Penasihat Ekonomi Selangor.


    Anwar, 75, selaku plaintif memfailkan saman itu hari ini menerusi Tetuan S N Nair & Partners di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dengan menamakan Ahmad Amzad sebagai defendan tunggal.


    Peguam Datuk S N Nair, yang mewakili Anwar ketika dihubungi Bernama berkata saman itu difailkan pada 3.59 petang tadi.


    Dalam pernyataan tuntutan, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mendakwa pada 7 Disember lalu, defendan membuat beberapa kenyataan kepada sekumpulan pelanggan semasa menjamu selera di sebuah restoran.


    Dakwa Presiden PKR itu, kenyataan terbabit diterbitkan semula di aplikasi TikTok di bawah nama @nelly3868 pada hari sama (7 Disember) dan mendapat tontonan melebihi 4,980 kali, 62 komen, 116 butang "like", 18 butang "favourite" dan 50 kali perkongsian serta boleh diakses sehingga kini.


    Sumber: Bernama



    from The Reporter https://ift.tt/pwbi1St
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment