Seorang ahli konvoi permotoran berusia 47 tahun dilaporkan maut akibat digilis sebuah lori di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, tengah hari semalam.
Mangsa, Mohd Nor Jen, yang menunggang motosikal jenis Yamaha MZ 150 sebelum itu dikatakan berkonvoi bersama kumpulannya seramai 40 buah motosikal dalam perjalanan menuju ke Cameron Highlands.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai, Mohd Sapri Yeao Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu dan mengerahkan sepasukan anggotanya ke lokasi.
Tiba di lokasi mereka mendapati kemalangan itu membabitkan sebuah lori 10 dengan sebuah motosikal di mana mangsa digilis di bahagian kepala dan meninggal dunia.
"Difahamkan ada 40 buah motosikal yang mengikuti konvoi tersebut. Dalam kemalangan itu, mangsa digilis di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Dalam kemalangan itu, ada seorang lagi penunggang motosikal berusia sekitar 50 tahun yang cedera ringan kerana terbabas susulan berada di belakang mangsa yang maut. Dia brek dan menggelongsor," katanya.
Dengan menggunakan peralatan khas, anggota bomba berjaya mengeluarkan mayat mangsa dalam masa lima minit dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sumber: Astro Awani
from The Reporter https://ift.tt/m3Ewsld
via IFTTT
No comments:
Post a Comment