Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengakui dirinya kecewa dengan sikap sesetengah penyokong PN yang didakwanya menuntut duit untuk pulang mengundi.
Semasa menyampaikan ucapannya di Ceramah Jelajah PN Padang Serai, beliau berkata perbuatan seperti itu sangat memalukan dan berbeza dengan penyokong parti lawan terutamanya Pakatan Harapan (PH) yang langsung tidak pernah meminta duit walaupun pulang dari luar negara.
"Pengundi PH tidak pernah minta walaupun 10 sen, sanggup berhabis puluhan ribu ringgit untuk pulang dari luar negara.
"Undi kita penting, jangan berkira duit minyak RM50, RM100 atau RM200 (kerana) yang lawan kita balik dari Taiwan, China, Singapura, Amerika Syarikat dan Australia, duit tambang sekupang pun tak minta.
"Dia undi PH, dia jahanamkan kita. Hampa RM50 riuh merata, minta merata buat video dan tunjuk kat orang, buat malu. Kawan tu balik habis puluh ribu, sekupang dia tak minta pasal dia tau penting tanah ini untuk dikuasai.
"Kita bodoh, ligan (kejar) wakil rakyat minta RM50, (bila) tak bagi (ugut) tak mau balik dah. Hang bodoh, negeri ini orang nak ambik dah," katanya,
Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata, sikap seperti itu tidak sepatutnya ada dalam kalangan pengundi PN.
"Ini tidak lagu kita ni, patutlah kita kena jajah teruk, patut kemenangan kita dirampas begitu sahaja pasal (kerana) kita ini bangsa berkira, taik hidung masin.
"(Ada pengundi PH) balik dari Australia satu keluarga RM40,000 berhabis, dia undi PH, bukan duduk sini pun tak berkira pun, tak ada buat video apa," katanya.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/GP2zNXr
via IFTTT
No comments:
Post a Comment