Dalam keadaan yang mendesak dan keluarga perlu disara, si ibu ini sanggup meredah panas terik matahari dengan menunggang motosikalnya untuk mencari tin dan botol kosong. Hasil jualannya kelak boleh digunakan untuk keluarganya dan mungkin untuk perbelanjaan sekolah anaknya.
Kanak-kanak sebaya usia anak sulung wanita itu, mungkin sedang berehat di rumah menikmati angin dingin dari kipas rumah dan tidur lena. Sementara dia pula membantu ibunya mencari rezeki yang halal sebaik saja pulang dari sekolah.
Oleh Eman Panji
Menjelang petang, urusan di Kuantan baru sahaja selesai. Penat, letih, dahaga, panas semua bercampur aduk rasanya. Perjalanan pulang ke Pekan melalui jalan Kempadang Sg Soi. Setibanya di lampu isyarat Kampung Pak Mahat, ternampak seorang ibu dan anak sedang membawa beg besar di kiri kanan dengan menaiki motosikal.
Dengan cepat memintas mereka. Rupa-rupanya beg besar itu mengandungi tin dan botol kosong. Katanya mereka, memang setiap hari mereka mencari botol dan tin kosong. Selepas balik dari sekolah, anak sulung akan menemaninya mencari botol dan tin kosong sehingga lewat petang untuk dijual pada keesokan harinya.
Terpandang anaknya yang masih memakai tudung sekolah itu mengesat peluh di dahi. Sayu hati melihatkan dia yang sebaya anak saya itu. Betapa dia bersusah payah membantu ibunya itu. Sungguh pengalaman hidup mematangkannya.
Sempat memberikan mereka sedikit sumbangan peribadi. Teragak-agak mereka mahu mengambilnya. Seketika, mereka tersenyum dan mendoakan kebaikan.
Saya meneruskan perjalanan dan singgah di Stesen Minyak Kempadang. Setelah membeli barang di kedai serbaneka, terpandang kelibat mereka bergegas pergi setelah mengisi minyak. Saya melalui petrol pam tempat mereka mengisi minyak. Tersentap rasa hati. Tertera minyak yang mereka isi tadi RM1.00! Kenapa lah aku lambat tadi. Sedih sangat rasanya.
Di zaman yang serba mencabar ini, inilah hakikatnya. Semoga mereka terus tabah dan diberi kekuatan untuk menempuhi hari-hari yang kian mencabar di zaman ini dan sentiasa istiqomah dalam mencari rezeki yang halal untuk mereka anak-beranak yang seramai tujuh orang itu.
Kepada sesiapa yang ingin berkongsi rezeki boleh hubungi:
Nama: - (maaf tak sempat bertanya)
No Tel : 0112-5586664
from The Reporter http://ift.tt/2orCz6V
via IFTTT
No comments:
Post a Comment