Cuti perayaan Tahun Baru Cina, Kuala Lumpur lengang dan perjalanan yang menghala ke Pantai Timur, Utara dan Selatan mengalami kesesakan lalu lintas, ditambah pula pada hujung minggu. Bagi pemandu Uber, Embunisme, peluang ini digunakan untuk mendapatkan pelanggan seramai mungkin di tempat-tempat yang seringkali mempunyai permintaan yang tinggi.
Pada malam tersebut, dia telah mennyelesaikan lima trip dan tiba-tiba mendapat permintaan ke satu destinasi. Dia tidak menyangka 'pelanggannya' yang sebenarnya orang yang telah mati. Dia telah diekori kerana benda yang tergantung di dalam keretanya sama seperti bau mendiang ibu 'pelanggannya'.
AKU adalah pemandu uber kereta Pesona hitam. Aku mempunyai kisah seram ketika menerima seorang pelanggan.
Pada malam tersebut, dia telah mennyelesaikan lima trip dan tiba-tiba mendapat permintaan ke satu destinasi. Dia tidak menyangka 'pelanggannya' yang sebenarnya orang yang telah mati. Dia telah diekori kerana benda yang tergantung di dalam keretanya sama seperti bau mendiang ibu 'pelanggannya'.
AKU adalah pemandu uber kereta Pesona hitam. Aku mempunyai kisah seram ketika menerima seorang pelanggan.
Pada satu hari, sewaktu jam 2.45 pagi aku mendapat permintaan pelanggan untuk menghantarnya ke Taman Len Seng. Setelah menyelesaikan lima ke hingga enam trip, aku menerima permintaan ini kerana jaraknya hanya 12 minit dari lokasi aku sekarang. So hati aku cakap "okey ni last trip".
Pelanggan ini adalah lelaki, tetapi dari bermulanya perjalanan dan hingga ke akhir perjalanan, aku periksa tak semua tulis nama seperti Petronas atau kondo. Jadi, masa tu aku dapat alamat jalan yang mana aku sendiri pun tak tahu di mana. Tetapi dalam masa 25 minit, aku tak menolak rezeki kerana bila tengok balik, mamat ini bayar credit. Jadi, terus masuk ke akaun bank.
Pada jam 3.15 pagi, hujan renyai-renyai. Kawasan Len Seng kawasan berbukit dan berkabus sebab petang panas dan malam hujan. Lelaki ini namanya Arthir. Pada mulanya aku ingatkan dia foreigner kerana penampilan dia India moden, berpakaian tuksedo lengkap hitam, berkepala botak dan memakai anting-anting. Badan dia fit dan tinggi mencecah syiling kereta aku. Mungkin dia baru sahaja habis event. Aku ambil dia di perhentian bas yang aku tidak pasti tempatnya, tetapi perhentian tersebut menghadap hutan dan lampu-lampu di situ terlindung dengan pokok-pokok.
Dia duduk bersandar di belakang. Tidak ada sepatah kata-kata pun yang keluar dari mulutnya. Dia hanya diam dan pandang ke cermin sambil tengok permandangan luar. Cermin pandang belakang aku jenis DIY so dia boleh nampak semua pemandangan di sebelah belakang.
Tiba-tiba aku mula rasa takut dengan bau dia, seakan bau masa hujan turun waktu tengahari. Aku mengharapkan ada roadblock di depan, tetapi tiada.
Sampai sahaja di lokasinya, aku nampak pintu pagar seperti pintu pagar di kebun dan berkembar. Dia mula keluar dan tutup pintu dengan sopan. Dia memandang dan memberikan senyuman tidak ikhlas bagi aku. Selepas itu, dia berjalan perlahan pergi ke arah pagar, dia membuka pagar dan merantainya kembali. Di belakang pagar gelap gelita, tapi tempat yang aku turunkannya tadi sangat cerah dengan lampu jalan dan pokok-pokok yang tinggi.
Disebabkan dia bayar credit, aku just swipe "complete trip" dan berlalu ke arah Petronas. So minyak sipi-sipi cukup sampai ke arah Keramat. Tempat itu nama dia Cheras. So before balik Keramat, tempat tu kena patah balik ke arah MRR2 dan tawaf satu bukit, selepas tu keluar kat exit selepas TBS. Sebaik sahaja aku lalu di MRR2, aku terpandang kiri, kawasan teres penuh kubur china kat atas bukit. Siapa yang lalu situ mesti nampak kubur sebelah kiri jalan hala ke arah Ampang. And aku diam.
Then aku decide berhenti kat shell sebelum Tasik Ampang. Sebab Shell itu saja 24 jam orang berhenti. Aku park depan tandas dan matikan enjin. Lelaki itu pergi kubur ke? Pakai tuksedo apa semua bagai? Terdetik kat hati aku buka apps uber. Check history. Ya know, last trip aku masa hantar orang kat Pandan Indah tadi. Jadi yang aku hantar kat kubur tadi tak ada.
Aku meremang berasap kat bonet kereta. Aku ambil masa 30 minit tenang sekejap dan pergi ke tandas. Selepas itu aku start balik Keramat ikut jalan yang lalu depan Great Eastern Mall. Berdekatan Great Estern Mall, ada construction. Aku lalu berhampiran tepi sungai, di bawah flyover AKLEH. Aku lihat, ada lelaki sama macam yang aku hantar tadi berdiri menghadap sungai. Aku bawa perlahan dan kemudian aku stop kat simpang susur turun dari AKLEH.
Hurmmm aku lembik, bila dia toleh arah aku dan senyum. Selepas tu, dia terus jatuh ke dalam sungai melepasi pagar besi tu. Aku dah tak fikir apa, dalam ketakutan, aku tekan pedal selaju mungkin sampai ke rumah.
Sampai area rumah, aku parking kat lorong sebelah. Aku normalkan degupan jantung aku dan kemudian aku nampak lagi dia kat tengah-tengah jalan berdiri tegak senyum dengan baju tuksedo dia. Aku tak alih mata aku, aku tengok saja dan dia perlahan-lahan datang mendekati aku.
Secara tiba-tiba tangan dia jatuh atas jalan. Terbeliak aku, seolah-olah tangan dia putus macam tu. Pakaian dia dah mula lusuh macam mayat reput dalam air. Aku dah keras, I can't move. Then dalam jarak 30 meter macam tu, muka dia makin jelas. Mukanya kelihatan cengkung reput dan pucat.
Bola matanya jatuh ke tanah. Dia start menyanyi dan dalam jarak macam tu aku dengar dengan jelas kat telinga aku, tahu lagu apa? "Tip toe out off the window" lagu Insidious ke apa ntah. Tiba-tiba ada guard ketuk tingkap aku di sebelah, terperanjat aku! Bila aku pandang balik, lelaki tadi sudah tiada. Memang guard akan pergi ke kereta kalau orang tu ambil masa nak keluar. Dia takut jadi kes pecah rumah ke apa. Jadi, aku cerita berterabur habis kat dia. Dia tenangkan aku, suruh cerita balik perlahan-lahan.
Selepas je cerita, dia suruh naik motor dia pergi ke pondok dan dia baca sikit-sikit. Dia ada ilmu. So, dia belajar untuk pertahanan diri dia. Dia bagitahu aku the exact thing rupa benda tu dan aku cakap, sama seperti apa yang aku alami. Bila guard tu baca sikit, tiba-tiba kawasan hutan belakang pondok kedengaran bising dengan bunyi pokok-pokok. Then ada benda jatuh dari pokok ke atas atap pondok. Bercicit aku dengan guard tadi lari jauh sikit supaya boleh tengok benda apa atas atap.
And there is the same guy rupanya. Last tadi dia di depan kereta aku. So guard ni aproach dia and tanya dan aku tak berapa dengar. Aku dah kebasahan habis sebab hujan. Kemudian, benda itu hilang bila guruh berdentum. Guard panggil aku berteduh dan dia cerita, dia tanya sebab apa dia buat macam tu. Rupa-rupanyanya memang dia India and reason ikut aku sebab dalam kereta aku di signal sebelah kiri ada benda yang diletakkan dalam beg kecik yang diberikan mak aku. Di dalam itu ada paku dan benda lain yang aku tak pasti.
Guard kata memang betul mak aku bagi paku, bawang putih dan lada hitam. Benda-benda ni memang takut dengan benda tajam. Tapi dia ikut aku sebab dia marah dan bengang. So dia ceritalah kenapa. Rupanya hantu itu mati dalam perjalanan ketika nak ke kubur ibunya dan dia singgah tepi jalan untuk belikan bunga untuk penghormatan terakhir. Tetapi dia telah mati ditikam. So dia tak sempat hadir untuk berikan penghormatan terakhir pada ibunya.
Dia ikut aku pun sebab dia tak pernah jumpa dengan benda aku tunjuk tadi. Dia tertarik. Katanya bau-bauan dalam tu ada sikit macam bau mak dia. Dia rasa panas dan marah, tapi dia ikut sebab bau sama. Memang ada pun bunga melur dalam ni. Hmm murung aku masa guard hantar aku kat depan rumah. So guard tu baca-baca sikit dan dia pakai air hujan sebagai pembasmi.
Aku tak tahu ilmu apa dia pakai, tapi badan aku terus hilang lenguh dan rasa bersemangat sikit. Aku naik mandi, dan tidur dalam bilik. Segalanya aman dan tidak ada apa yang berlaku.
Selang beberapa minggu, pada hari sabtu, selepas buat Uber, aku lepak makan tengahari di kedai mamak. Know what, area Kajang kat MRT. Bila dah duduk dan order, tiba-tiba ada India minta sedekah untuk apa entah. Aku toleh, muka sama macam hantu itu, cuma dia pendek dari aku. Aku menggelitat kat situ bersandar ke arah pagar sebab aku duduk kat meja tepi sekali kat pagar. Dia tanya aku,
"Eh abang kenapa? Saya mintak bantuan saja."
Aku tak cakap apa, aku bagi dia balance dari aku order teh tarik, air kosong and mee goreng mamak, aku blah dari situ.
Sumber: Embunisme
Hantarkan kisah seram anda kepada kami di thereportermyofficial@gmail.com
from The Reporter http://ift.tt/2tLTyoE
via IFTTT
No comments:
Post a Comment