Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, jika mengikut logik akal, tiada negara di dalam dunia ini akan memilih pemimpin yang berusia 93 tahun untuk menjadi ketua kerajaan, malah katanya masa depan negara bukan terletak di tangan bekas pemimpin yang sudah lanjut usia, tetapi kerajaan yang sedia ada pada hari ini.
"Ada tak? Tidak ada, takkan kita nak jadi yang pertama di dunia (lantik orang berusia 93 tahun jadi ketua kerajaan). Kita ada pilihan.
"Kita fikir masa depan Malaysia. Masa depan Malaysia bukan di tangan orang yang berusia 93 tahun tetapi masa depan Malaysia adalah di tangan kerajaan yang ada pada hari ini, insyaAllah," katanya ketika berucap di hadapan lebih 5,000 penjawat awam negeri Perak pada majlis Program Bajet 2018 Bersama Rakyat: Penjawat Awam, di Dewan Sri Perdana, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia di Tanjung Rambutan hari ini.
Dalam laporan Berita Harian, Najib menyuarakan kebimbangannya apabila mereka yang berada di belakang pemimpin berusia 93 tahun itu adalah ahli politik yang tidak senang dan menghina golongan penjawat awam.
Beliau berkata, penjawat awam tidak seharusnya berdiam diri dan tidak wajar memilih pembangkang yang sebelum ini pernah menghina perkhidmatan serta jawatan mereka untuk mengepalai kerajaan pada masa depan.
Najib juga membidas pembangkang yang menuduhnya sebagai zalim kerana sepanjang tempoh beliau menjadi perdana menteri, tidak pernah seorang pun ahli politik ditahan tanpa dibicarakan di mahkamah berbanding Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang tempoh 22 tahun menjawat jawatan itu.
"Ada pembangkang kata saya zalim, sejak bila saya zalim? Siapa yang tangkap orang di bawah Operasi Lalang? Najib ke atau orang yang berusia 93 tahun itu?
"Ada yang diISAkan, MB (Menteri Besar Perak) sendiri (yang ditahan mengikut ISA pada tahun 1998) beritahu saya betapa azabnya di bawah ISA, tidak tahu siang atau malam. Sampai hari ini dia tidak tahu kenapa dia diISAkan, beratus orang sudah diISAkan.
"Tetapi macam biasalah, bukan salah dia (dakwaan Dr Mahathir) tapi salah polis. Memali pun salah Musa, penahanan Anwar pun salah polis, semua buka nsalah dia, salah orang lain. Inilah senario (politik) di dalam Malaysia," katanya.
from The Reporter http://ift.tt/2HDgyZ1
via IFTTT
No comments:
Post a Comment