loading...
  • Breaking News

    Wednesday, March 14, 2018

    Bayi perempuan meninggal dunia selepas 4 jam tertinggal dalam kereta


    Seorang bayi perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas ditinggalkan empat jam di dalam kereta oleh ibunya di tempat letak kereta di sebuah kolej kemahiran di Port Dickson, lapor Harian Metro

    Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, dalam kejadian yang berlaku pada jam 9 pagi hari ini, ibu mangsa yang juga merupakan tenaga pengajar di kolej tersebut membawa bayinya bersama ke tempat kerja. 

    Sebaik saja meletakkan kereta Proton Saga di tempat letak kereta, si ibu terlupa tentang bayinya yang dibawa bersama menyebabkan mangsa tertinggal lama di dalam kenderaan tersebut. 

    "Wanita berusia 32 tahun itu hanya menyedari bayinya tertinggal di dalam kereta pada jam 1 tengah hari dan bergegas mendapatkannya. Tetapi malangnya anak kecil terbabit sudah tidak sedarkan diri. 

    "Wanita iut membawa bayinya ke Klinik Kesihatan Port Dickson dan disahkan sudah meninggal dunia sebelum dirujuk ke Hospital Port Dickson," katanya. 





    from The Reporter http://ift.tt/2HuF3Yf
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment