loading...
  • Breaking News

    Thursday, March 22, 2018

    'Siapa yang snap gambar ni masa aku tengah tidur??' - Lelaki dakwa diganggu makhluk halus


    Dari awal dia mula rasa tak sedap hati, namun dibiarkan saja dan menganggap mungkin hanya mainan perasaannya sahaja. Tetapi rasa tidak sedap hati itu bukan hanya sekali, tetapi berkali-kali membuatkan dia terus balik ke rumah selepas lepak bersama rakan-rakan. 

    Setibanya di rumah, dia terus masuk ke bilik dan dari situ bermulalah 'gangguan' dari 'benda' yang tidak dijangkakan. Apa yang menariknya, dalam gambar yang dikongsikan lelaki ini, netizen turut menemui susuk tubuh 'benda' yang didakwa mengganggunya pada malam itu. 

    CERITA seram selepas coffee teh dengan ex schoolmates! 

    Selepas lepak di kedai makan tu, kitorang sambung lepak depan rumah Iba (perempuan bertudung grey). Masa tengah lepak depan rumah Iba, macam-macamlah yang digelakkan dan digosipkan. Lepak kan, mestilah macam orang tak betul. 



    Tetapi masa tengah lepak tu, aku rasa macam tak senang, hati. Aku rasa seperti aku diperhatikan oleh sesuatu! 

    Aku buat tak endah sajalah, aku anggap normal sebab mungkin perasaan aku saja kot? So lepak-lepak, almost 12 am. So kitorang pun balik. Aiman ada ajak sambung lepak depan rumah dia sebab awal lagi bagi kitorang. Tapi aku cakap aku nak balik sebab aku rasa tak sedap hati. Entah kenapa tah kan, so baliklah. 

    Masa dalam perjalanan balik itu tak rasa apa pun. Siap pandang side mirror. Hahaha! 

    Bila sampai saja di rumah, terus lock motosikal dan masuk rumah, masuk bilik tak cuci kaki. Selepas itu terus buka bajulah kan, nak tidur.

    Tapi seperti biasa aku akan layan lagu atau game dulu sebelum tidur. Tetapi malam tadi aku dengar lagu guna headphone dan padam lampu bilik. Gelap! 

    Tengah baring melayan lagu dalam gelap itu, yes aku rasa seperti ada 'benda' yang memerhatikan aku lagi. Memang rasa meremang. Aku pun apa lagi, suluhlah bilik menggunakan cahaya screen handphone aku. Tak ada apa-apa dan aku buat tak tahu sajalah. 

    Tetapi makin lama dibiarkan, aku makin gelabah. Seram gila rasa dia. Mulalah teringat movie scray horror semua. Kemudian terus bangun, on lampu dan bilik dah terang. Tetapi masih terasa ada 'benda' yang tengah memerhatikan aku. Aku tak fikir apa, just layan saja lagu. 


    Tidak lama kemudian aku terlelap. Tak tahu jam berapa aku terlelap. Keesokan paginya, aku nak post gambar di status. Bila scroll galeri, aku nampak gambar cermin bili kaku dan gambar itu selepas gambar aku selfie. 

    Aku macam, "Bila masa aku bangun selfie depan cermin pula ni?" dan aku pun besarkan gambar itu dan teka apa yang aku nampak dalam gambar itu? 

    Nak tengok gambarnya? Tiada edit mahupun photoshop di gambar ini okey. 





    So aku keluar dari bilik pagi tadi dan terus buka pintu bilik seluas-luasnya dan berharap 'benda' itu keluar dan tolong jangan stay di sini. Saya dah berpunya dah. Cari orang lain okey. 

    Doakan yang baik-baik supaya dia dah balik ke tempat asal dia. Sekian sahaja cerita seram saya pada 18 Mac 2018.


    Sumber: Mohd Hasnor

    Anda pernah mengalami pengalaman/peristiwa seram? Hantarkan kisah seram anda kepada kami di thereportermyofficial@gmail.com


    from The Reporter http://ift.tt/2IIwURd
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment