loading...
  • Breaking News

    Friday, March 9, 2018

    (Video) 'Dahlah lawan arus, degil pula sampai sanggup langgar kereta orang' - Pemandu Mercedes ND168 dikecam netizen


    Viral di media sosial rakaman video amatur sebuah kereta Mercedes nombor pendaftaran ND168 memandu melawan arus sehingga menyebabkan jalan sesak dan berlaku kemalangan kecil. 

    Video berdurasi 2 minit 19 saat yang dirakam pelanggan di sebuah restoran berhampiran itu menunjukkan, pemandu kereta mewah terbabit sengaja memandu melawan arus, enggan mengalah biarpun telah dinasihatkan untuk berundur. 

    Menurut perakam video tersebut, jalan berkenaan adalah jalan sehala. Namun pemandu berkenaan degil dan terus bergerak ke hadapan dan menyalakan lampu beberapa kali memaksa pemandu Perodua Bezza berundur. 

    "Sekarang sebuah kereta ND168 memandu melawan arus yang mana jalan ini sebenarnya jalan sehala. Nampak tak?" kata wanita yang merakam video tersebut sambil menunjuk beberapa buah kereta di belakang Perodua Bezza. 

    Pemandu Bezza tidak dapat berbuat demikian kerana di belakangnya ada banyak kereta dan mereka berada di laluan yang betul. 

    Berang dengan keadaan itu, pemandu Mercedes itu kemudian bertindak melanggar kereta Bezza itu sebanyak dua kali menyebabkan bampar depan kereta mangsa mengalami kerosakan. 

    Orang ramai meminta pemandu mangsa tidak tunduk kepada tindakan tidak bertanggungjawab pemandu Mercedes berkenaan dan menasihatkannya membuat laporan polis berhubung kejadian itu. 



    Sementara itu dalam kenyataan pemandu Bezza, Insanull Adam, berkata, kejadian itu berlaku pada jam 10.57 malam dan laporan polis telah dibuat. 

    "Terima kasih kepada semua. Saya pemandu kereta Bezza putih. Laporan polis telah pun dibuat dan kes masih di bawah siasatan polis. 

    "Kejadian berlaku pada jam 10.57 malam, kereta ND168 telah masuk ke jalan sehala (melawan arus). Tiada pergaduhan dan pertengkaran. 

    "Semasa kejadian, ramai pelanggan D.U Cafe yang membantu saya dari semua aspek. Terima kasih. I can see a good movement of society," katanya.



    from The Reporter http://ift.tt/2FozT3u
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment