loading...
  • Breaking News

    Friday, March 16, 2018

    (Video) Pengasuh dera bayi 8 bulan kerana stress dan sakit kaki


    Tindakan seorang pengasuh di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak di Taiwan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) mendera bayi berusia 8 bulan dalam kejadian Selasa, 13 Mac. 

    Berdasarkan video CCTV tersebut, pengasuh berkenaan memukul belakang kepala mangsa dan  menolak kepalanya menyebabkan mangsa tersembam ke lantai. Tidak cukup dengan itu, mangsa ditarik dan diangkat sebelum dicampak ke lantai dengan kepala terlebih dulu tersembam ke lantai. 

    Ketika kejadian itu berlaku, salah seorang rakan sekerjanya yang berada berhampiran hanya memerhati dan tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghalang wanita terbabit dari terus mendera mangsa. 

    Kejadian itu hanya disedari oleh pengetua pusat berkenaan yang dikenali sebagai Wu, selepas dia mendapati dahi mangsa mempunyai kesan lebam, lalu mengambil keputusan untuk memeriksa semula video rakaman CCTV.

    Sebaik saja mendapati mangsa didera, dua kakitangan terbabit diarahkan berhenti serta-merta.

    Wu berkata, pengasuh terbabit menjelaskan dia ketika itu berada dalam keadaan stress dan ditambah pula dengan kakinya yang sedang sakit. Dalam masa yang sama, mangsa pula menangis (tantrum) menyebabkan dia hilang kesabaran lalu memukul dan menghempas mangsa ke lantai. 



    Susulan kejadian itu, mangsa telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan difahamkan ibu bapa mangsa akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengasuh terbabit. Sementara itu, polis sedang menjalankan siasatan.

    Sumber: The Star


    from The Reporter http://ift.tt/2FFS1po
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment