Assalamualaikum. Saya nak cerita pengalaman seram saya yang terjadi beberapa bulan yang lalu. Saya baru berpindah ke rumah baru, rumah sewa. Oh ya, buat pengetahuan pembaca, saya belajar di luar negara. Tak perlu saya nyatakan di mana ye.
Minggu itu minggu study week. Biasalah, study week kan panjang sikit. Kalau study memanjang all the time memang macam agak penuhlah sikit kepala dengan fakta medik. Jadi diselang-selikan dengan buku medik yang bertimbun. Saya pun bacalah Diagnosis Fobia. Siri Diagnosis ini adalah kisa sebenar.
Siri Diagnosis ini kisah sebenar daripada pengalaman golongan doktor. Jadi, macam bila saya baca buku itu, ia dapat menaikkan semangat nak study. Cumanya, diagnosis fobia ini pengalaman seram doktor-doktor di hospital semua itu.
Nak dijadikan cerita, malam itu roommate pergi study group di rumah kawan. Maka tinggalkan saya seorang diri dengan beraninya membaca buku itu pada jam dua pagi. Biasalah study sampai jam 2-3 pagi kan.
Disebabkan saya menganggap 'hantu' di sini manalah nak faham Bahasa Melayu, jadi saya selamba baca Diagnosis Fobia itu seorang diri dia tengah malam.
Masa selak-selak buku itu, baca cerita tajuk 'Keliru'. Ada banyak short stories dalam buku itu. Tengah baca sampai part macam blackout (tak ingat ayat dia macam mana dalam buku itu), tiba-tiba berlaku blackout. Adakah ini kebetulan atau ada benda nak kacau?
Meremang juga bulu saya saya pada masa itu. Kemudian saya buka flashlight telefon, mengucap banyak kali. Tiba-tiba terfikirlah housemate lain dah tidur ke belum. Tetapi saya tak berani nak keluar dari bilik. Jadi, saya pun WhatsApp salah seorang dari mereka untuk bertanya, kot-kot masih ada yang belum melelapkan mata.
Tetapi saya masih tidak berani untuk keluar dari bilik. Siap kunci lagi selak pintu bilik sebab dah takut sangat. Hahaha!
Saya tak boleh tidur pada malam itu, sampai jam 4.30 pagi, baru rumah disambungkan semula bekalan elektrik. Selepas baca doa sikit-sikit, barulah boleh tidur.
Keesokan harinya, ada perjumpaan rumah sebab nak bergotong-royong kan. Tiba-tiba housemate pun cakap,
"Akak, sorry. Kita tak tengok phone semalam. Tengah study."
So saya pun macam, "Macam mana korang study? Semalam kan blackout lama?"
Masa itu dah rasa seram sejuk. Alamak aih! Lebih menakutkan lagi bila housemate lain semua kata, "Eh? Bila masa pula blackout kak? Tak blackout pun semalam. Waktu akak mesej tu, kitorang tengah study lagi tapi tak tengok phone. Tak ada blackout pun," katanya.
"Okey fine. Ada benda kacau malam tadi," kata saya dalam hati.
Disebabkan adik-adik housemate ini jenis penakut dari saya, jadi saya tak nak ceritakan apa yang berlaku. Simpan saja ketakutan itu seorang diri sebab saya ini macam beranilah sikit. Kalau yang lain itu penakut dia sampai bila masuk tandas itu tak tutup pintu. Kemudian boleh pula terjerit-jerit dari dalam tandas.
"Ada orang dalam tandas ni! Jangan masuk!"
Haha! Macam-macamlah. Jadi, siapa rasa nak baca buku seram pada waktu lewat malam tu, bacalah doa dulu. Hati-hati kalau kena kacau. Dan paling penting jangan baca seorang diri. Walaupun duduk di kawasan orang yang mungkin benda itu tak faham bahasa kita. Tetapi benda itu boleh juga kacau.
Saya baca cerita tajuk 'Keliru' tetapi pada akhirnya saya sendiri yang keliru. Siapa yang berminat nak baca buku itu, boleh la baca. Diagnosis Fobia memang best.
Sumber: Izzati Fazillah
from The Reporter http://ift.tt/2Fuefqp
via IFTTT
No comments:
Post a Comment