loading...
  • Breaking News

    Thursday, March 15, 2018

    'Allahu, sedih tengok budak kecil camni dah terjebak' - Budak perempuan tonton video 18SX di sisi ibunya


    Viral di laman Twitter video seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan 6-7 tahun dengan selambanya menonton video lucah melalui telefon bimbitnya mengundang pelbagai reaksi netizen. 

    Video yang dimuat naik tanpa maklumat lengkap mengenai kejadian itu menunjukkan, kanak-kanak berkenaan menonton video tersebut di tempat terbuka tanpa ditegur mahupun dihalang oleh wanita di sisinya yang dipercayai ibu kandungnya. 

    Berdasarkan video tersebut, sesekali kanak-kanak itu menghadapkan telefon itu lebih dekat dan beberapa kali dia kelihatan seperti mencium skrin telefonnya itu yang menunjukkan seorang lelaki sedang memuaskan nafsu pasangannya. 

    Netizen tidak menolak kemungkinan bahawa video-video tersebut sememangnya video sedia ada yang dimuat turun. Netizen bimbang kanak-kanak terbabit ketagih menonton video-video seperti itu. 

    Juga menimbulkan persoalan netizen, mengapa perakam video berkenaan tidak bertindak menegur dan memaklumkan video yang ditonton kanak-kanak berkenaan berbanding memilih untuk merakam dan viralkan di media sosial. 

    "Aku rasa video itu memang dah ada dalam handphone itu. Macam mana budak kecil macam tu boleh cari melainkan ada history video yang ditonton di YouTube," kata Faizatul Hasyim.

    "Kalau aku, aku takkan rakam, takkan tegur. Sebab isu anak ini sensitif. Nanti kita cakap baik-baik dekat ibu bapa dia, silap-silap kita kena maki. Mati hidup balik diorang tetap nak menangkan anak diorang. Jadi better jangan ambil port pasal anak orang, biarkan diorang nak jadi apa. Lagipun ibu bapa diorang kan pandai jaga anak," kata netizen.


    Justeru, netizen dinasihatkan tidak terlalu kerap memberikan telefon bimbit kepada anak-anak kerana bimbang perkara seumpama ini berlaku. 


    from The Reporter http://ift.tt/2pdOVy2
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment