loading...
  • Breaking News

    Tuesday, April 17, 2018

    'Dia tolak anak saya sampai terjatuh dan terkena bucu meja tajam' - Dibuli sampai terkoyak cuping telinga


    "Dulu baca kes kanak-kanak lain kena buli, rasa seriau dan geram nak marah. Tetapi bila anak sendiri kena buli, tak tahu nak buat apa dah," demikian kata Nur Hazlina Shukeri yang kesal anak lelakinya menjadi mangsa buli. 

    Mangsa, Ashraf, 12, dibuli ketika pergi kelas mengaji semalam sehingga menyebabkan cuping telinganya terkoyak dan mendapat lima jahitan. 

    "Budak darjah 5-6 pun (11-12 tahun) dah pandai buli budak 6 tahun. Last-last sampai terbelah, terkoyak cuping telinga Ashraf. Kena lima jahitan. Risau pula gejala buli ini sampai anak takut nak pergi mengaji. Allahu," katanya. 

    Menurut Nur Hazlinza, sebelum kejadian itu berlaku, ada seorang murid yang mengambil beg mengaji anaknya yang kemudian dibaling-baling dan kejadian itu disaksikan juga oleh ustazah yang mengajar murid-murid berkenaan. 

    "Diorang ambil beg mengaji Ashraf, pastu baling-baling. Ashraf minta semula beg mengaji dia itu sebab ada Quran. Last-last dia main tolak-tolak Ashraf sampai Ashraf terjatuh dan terkena pada bucu meja yang tajam. 

    "Padahal depan ustazah tu. Budak badan besar, Ashraf badan kecil, seronoklah dia tolak-tolak sampai terkena bucu meja tajam. Betul-betul depan ustazah. Berani budak-budak sekarang ni," katanya. 

    Ekoran kejadian itu, cuping telinga mangsa terkoyak dan menerima sebanyak lima jahitan pada kecederaan itu, selain mengalami trauma untuk pergi ke kelas mengaji. Ibu bapa mangsa juga kesal dengan kejadian yang menimpa anak mereka, namun tidak berhasrat untuk membuat laporan polis berikutan umur kanak-kanak itu masih muda. 

    "Saya memang sebak dan sedih sangat bila mengenangkan budak-budak sekarang sudah tiada sifat kasih sayang, belas kasihan dan mereka seronok melihat orang yang dibuli menangis dan meronta. 

    "Saya nak pergi berjumpa dengan ibu bapa murid berkenaan, tetapi ustazah menasihatkan untuk tidak memperbesarkan hal ini," katanya.

    Jelas Nur Hazlinza, setelah puas dipaksa, akhirnya Ashraf bersuara dan mendedahkan dia sudah kerap diganggu murid terbabit dan tiada keberanian untuk mengadu tentang kejadian itu kepada ibu bapanya. 

    "Tiada laporan polis dibuat buat masa ini, saya cuma mahu berjumpa dengan ibu bapa murid itu. Kalau ibu bapanya tidak boleh menerima teguran, barulah saya akan pertimbangkan untuk buat laporan polis. 

    "Semasa kejadian itu berlaku, lebih kurang ada 7-8 orang budak yang sedang menunggu giliran mengaji. Budak (pelaku) ini sudah siap mengaji, tetapi disebabkan keadaan di luar hujan lebat, maka dia tidak dapat pulang. Ashraf pada waktu itu sedang menunggu gilirannya. 

    "Saya dimaklumkan oleh ustazah berkenaan bahawa, budak itu main baling-baling beg Ashraf. Kemudian Ashraf cuba meminta begnya dikembalikan tetapi budak itu menolak Ashraf sampai terjatuh. 

    "Kali pertama Ashraf terjatuh seperti biasa. Tetapi untuk kali kedua, Ashraf terjatuh dan telinganya terkena pada bucu kaki meja besi. 



    "Ustazah kata, budak itu memang nakal dan suka mengusik budak-budak lain. Saya bimbang jika budak itu dibiarkan terus begitu dan perkara ini tidak dimaklumkan kepada ibu bapanya, entah apa lagi yang dia akan buat pada rakan-rakannya yang lain. 

    "Selain itu juga, Ashraf ada kata budak besar di tempatnya mengaji suka menampar pipi, cubit pipi dan dada. namun saya tak ambil hal sangat pun sebab fikir biasalah budak-budak. Anak saya sendiri pun nakal, tak kata baik tetapi dengan budak besar, Ashraf memang takut. 

    "Saya tak salahkan ustazah, lagipun ustazah dah beritahu yang budak itu memang begitu," jelasnya kepada rakan-rakannya yang bertanya mengenai kejadian itu. 

    "Doakan anak saya sihat. Sekarang dia trauma nak pergi tempat mengaji. Saya nak berjumpa dengan ibu bapa kanak-kanak itu pun bukan nak marah, sekadar nak memaklumkan yang adakalanya ibu bapa tidak tahu bagaimana kelakuan anaknya bila berada di luar," katanya. 


    from The Reporter https://ift.tt/2H7dnJc
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment