Pelakon dan pengacara, Ifa Raziah hari ini tampil mempertahankan tindakannya memuat naik video di laman Instagram yang menunjukkan dirinya tampil seksi dengan busana ketat dan singkat tanpa lengan berikutan dikecam hebat oleh netizen sehingga menyifatkan Ifa sebagai orang yang tidak beriman.
Berkata kepada Harian Metro, Ifa atau nama sebenar Saripah Raziah Mustapha, 43, menjelaskan video itu memang sengaja dimuat naik olehnya kerana dia mahu membuktikan dirinya sudah kurus serta bukan menggunakan teknik suntingan.
"Niat saya memang nak tunjuk. Selama ini saya buat promosi produk di Instagram orang cakap gambar hasil suntingan. Malah tunjuk gambar sebelum dan selepas pun orang tak percaya.
"Apabila saya tunjuk penampilan sebenar, orang kecam pula. Kalau tak tunjuk kata saya propa dan menipu. Kenapa susah sangat nak terima hakikat yang saya sudah kurus?
"Lagi pula dalam video berkenaan saya bukannya berbogel. Orang kita terlalu cepat menjatuhkan hukum tanpa ambil tahu cerita sebenar. Kalau yang menonton video 'live' saya pada waktu berkenaan, pasti tahu," katanya kepada Harian Metro.
Walaupun dikecam teruk oleh netizen, Ifa sebaliknya berterima kasih kepada pihak yang menyebarkan video dirinya itu kerana viralnya video berdurasi 15 saat itu secara tidak langsung melariskan produknya yang didakwa membantu menurunkan berat badan terjual sebanyak 1,000 kotak.
"Pada hari video dirakam, kebetulan saya dan suami menyambut ulang tahun perkahwinan ke-14, Selasa lalu. Jadi, anak, keluarga dan peminat hadir memberikan kejutan.
"Memandangkan majlis dibuat di jakuzi rumah, saya ambil kesempatan rakam video itu. Sebenarnya, gaun itu ada lapisan luar. Namun, disebabkan ia labuh jadi tidak sesuai untuk berjalan atas air.
"Lagi satu, sebelum ini pun saya pernah pakai baju tanpa lengan. Kenapa tidak ada yang tularkan? Adakah sebab ketika itu saya gemuk atau tak cantik?" katanya.
from The Reporter https://ift.tt/2vU7MES
via IFTTT
No comments:
Post a Comment