loading...
  • Breaking News

    Monday, April 16, 2018

    Raja Bomoh kembali lagi, kali ini nak bertanding di PRU14


    Raja Bomoh atau nama sebenar Ibrahim Mat Zin dijangka akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, lapor Harian Metro.

    Ibrahim yang pernah mendakwa pernah menampar buaya itu berkemungkinan akan bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Teluk Intan dan DUN Manjoi.

    Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh pembantunya, Ibrahim akan mengadakan sidang media pada jam dua petang esok di sebuah hotel di Ipoh bagi mengumumkan perkara berkenaan dan beliau sendiri akan hadir pada sidang media tersebut.

    Kenyataan itu juga mewajibkan semua wartawan yang hadir pada sidang media itu perlu menunjukkan kad media bagi memastikan hanya wartawan sahaja yang dibenarkan berada di majlis itu.

    Pada April 2017, Ibrahim mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan atas pertuduhan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina. Dia mengaku bahawa semua perbuatan ritual perbomohannya merupakan kesalahan dan menyalahi akidah Islam.

    Mahkamah kemudian mengarahkan beliau berkelakuan baik selama enam bulan, berikutan faktor umur dan keadaan kesihatannya.

    Selain melafazkan taubat di hadapan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Ibrahim juga memohon maaf kepada semua umat Islam di atas perbuatannya selama ini yang didakwanya dilakukan mengikut arahan pihak tertentu yang enggan dinamakannya.


    from The Reporter https://ift.tt/2JNkmJ2
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment