Seorang lelaki warga British ditahan polis selepas didakwa membelasah isterinya sehingga mati, lapor The Star.
Kevin Smitham, 51, didakwa membelasah isterinya, Kanda, 29, selepas mangsa enggan mengadakan hubungan seks dan Kevin menuduh Kanda mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.
Menurut keterangan warga tempatan, mereka terdengar pasangan itu bertengkar kira-kira jam 10 malam, Ahad lalu.
Bagaimanapun, pada pagi keesokan harinya, seorang sami menemui mayat mangsa di luar rumah pasangan itu di daerah Det Udom, Ubon Ratchathani, Bangkok, Thailand.
Dalam siasatan awal, Kevin mengaku telah menyerang mangsa dan menolak isterinya sehingga terjatuh beberapa kali dan mencekik mangsa.
Kevin berkata, dia kemudian mengheret mayat isterinya itu ke luar rumah dan ditutup dengan selimut serta dibiarkan sehingga mayat mangsa ditemui pada pagi Isnin.
Meskipun mengaku menyerang mangsa, namun suspek menegaskan dia tidak berniat untuk membunuh isterinya itu.
Difahamkan, pasangan berkenaan menetap di Pattaya dan mempunyai tiga orang anak. Kevin dan Kanda datang ke Ubon Ratchathani untuk menziarahi saudara Kanda dan menyambut festival Songkran.
from The Reporter https://ift.tt/2HbdKm8
via IFTTT
No comments:
Post a Comment