Assalamualaikum admin The Reporter, harap admin tak keberatan menyiarkan cerita ini sebagai pengajaran buat semua di luar sana.
Saya berkahwin dengan duda. Kami dah kahwin tujuh bulan dan saya kini hamil anak pertama lima bulan. Sebelum ini, suami bercerai dengan isteri pertamanya dulu disebabkan dia telah terlanjur dengan seorang perempuan sehingga melahirkan anak luar nikah ketika masih study.
Tahun lalu, perempuan itu tinggalkan suami saya untuk lelaki lain. Selepas beberapa bulan kemudian, saya dan suami berkenalan dan merancang untuk berkahwin. Sekarang, perempuan itu datang kembali.
Minggu lepas memang saya ada terbaca semua perbualan mereka dan tengok video itu sekali imbas. Ada dua video tetapi saya tengok satu saja, tak sanggup nak tengok lagi. Masa kantoi itu, memang saya tanya suami apa semua itu dan dia sendiri mengaku perbuatan dia. Tetapi saya tak sempat copy apa-apa.
Suami langsung tidak meminta maaf di atas perbuatannya itu. Malah cikgu itu pun tiada perasaan bersalah dan buat suami saya seperti suami dia.
Hari ini suami balik kerja marah-marah dan kata video itu sudah viral di media sosial. Ya, saya yang dituduh telah memviralkan video tersebut walaupun video seks mereka itu tiada dalam simpanan saya.
Video itu viral di Twitter, Tumbler dan Telegram. Suami kata dah heboh sejak Jumaat lalu dan pengetua sekolah pun dah tahu. Saya baru saja tahu hari ini (Ahad).
Dia keluar rumah temankan cikgu itu buat laporan polis. Yelah, cikgu itu lebih utama kan dalam hidup di sekarang. Jadi, saya pun dah buat cover report petang tadi untuk diri saya sendiri.
Masih terngiang-ngiang di cuping telinga setiap erangan dan rengekan cikgu itu semasa bersama suami ku. Ini kan pula saya nak simpan dan sebarkan video jahanam itu? Kehidupan saya mula penuh dengan cara-cara untuk melupakan apa yang saya tengok. Trauma.
Cikgu itu mencari suami saya kerana menyalahkan saya menjadi punca dia kemurungan. Sekolah di tempatnya mengajar juga telah tahu yang dia ada anak luar nikah. Dia menjadikan suami saya sebagai tempat mengadu, meluah rasa, dan akhirnya bermadu kasih sehingga ke ranjang. Ya, mereka bekas kekasih dan kini menjadi kekasih semula.
Dan dengan mudah juga demi mahu bersama dengan perempuan itu, suami telah melafazkan cerai seperti mana yang dia buat pada isteri pertamanya dulu. Dia kata selepas saya bersalin, dia akan lepaskan saya.
Saya tiada tempat nak meluah rasa. Suami saya juga telah nekad untuk melepaskan saya selepas saya bersalin. Saya terima dan akan uruskan semuanya dengan sendiri.
Buat suami saya, dulu lagi saya dah kata awak tetap akan pilih dia, bila dia datang bila dia nak. Awak yakinkan saya, awak dah terlalu membencinya. Awak takkan terima dia walau macam mana dia datang. Tengoklah sekarang? Dengan mudah awak lafazkan cerai dan memilih dia.
Buat cikgu NJ, terima kasihlah kerana berjaya merosakkan dua rumah tangga dalam masa lima tahun. Sungguh saya tak percaya suami saya masih tegar memilih awak walaupun awak dah bersama dengan banyak lelaki dan menjadikan nafsu sebagai tuhan mu.
Video kalian yang viral di media sosial hari ini, bukan dari saya. Tetapi anggap balasan dari Allah kerana telah menghancurkan dua rumah tangga, atas perbuatan jijik kamu. Allah juga nak membantu mempermudahkan urusan saya di mahkamah. Saya hilang suami, cikgu itu hilang masa depan. Doakan saya dan anak dalam kandungan sihat sempurna, cukup sifat akal.
Saya masih di sini, menunggu sehingga melahirkan. Saya dah pernah pesan, kalau bukan saya yang buat, orang lain yang akan buat.
Buat pembaca, doakan kehidupan saya dan anak berjalan lancar seperti biasa. Kandungan saya sihat sejahtera dan dipermudahkan urusan sehingga saya bersalin. Patutlah cikgu itu pernah mesej aku,
"Jaga baby baik-baik..."
Rupa-rupanya ada agenda tersendiri. Ini bahagian saya. Saya redha.
from The Reporter https://ift.tt/2IUf8K0
via IFTTT
No comments:
Post a Comment