loading...
  • Breaking News

    Monday, April 23, 2018

    'Takde kesedaran sivik langsung' - Ibu geram ada segelintir ibu bapa kotorkan bilik persalinan bayi


    Bekas untuk membuang lampin pakai buang anak telah disediakan, namun masih ada segelintir ibu bapa yang tidak bertanggungjawab mengotorkan bilik persalinan bayi yang disediakan oleh pusat beli-belah. 

    21 April, Sabtu lalu, Helen Chung memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan keadaan sebuah bilik persalinan bayi di Aeon Mall mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan ibu bapa. 

    "Kepada golongan ibu sekalian. Tolonglah, pihak mall menyediakan bilik persalinan dan penyusuan bayi yang baik untuk kegunaan semua. Tolong jangan kotorkan tempat ini. 

    "Lihat pada gambar ketiga, telah disediakan bekas khas untuk membuang lampin pakai buang anak anda. 

    "Saya sungguh geram dan segelintir ibu yang tidak bertanggungjawab (menyebabkan kekotoran ini)," katanya. 




    Berdasarkan gambar, lampin pakai buang anak-anak dibuang pada tong sampah biasa sehingga penuh dan 'melimpah' dan juga dibuang di atas lantai. Air di dalam bahagian sinki juga tersumbat. 

    Menurut Helen, dia gemar berkunjung ke Aeon Mall yang menyediakan bilik khas tersebut yang sangat memudahkannya dan disebabkan itu Helen amat menitik beratkan kebersihan dalam bilik itu. 

    "Pada awalnya saya tidak perasan keadaan tersebut kerana saya masuk nak basuh botol susu anak, kemudian ternampak sinki tersumbat. Lalu saya menggunakan sinki yang lebih rendah tetapi berbau. 

    "Bila saya pusing ke belakang dan ternampak keadaan seperti yang ditunjukkan dalam gambar pertama itu. Anak saudara kata, ada tong khas untuk buang lampin (gambar ketiga). Budak keicl pun tahu di mana tempat nak buang lampin," katanya. 

    Sementara itu, netizen menyifatkan tindakan segelintir ibu bapa itu tiada kesedaran sivik dan mementingkan diri sehingga menyusahkan orang lain. 

    "Tiada kesedaran sivik langsung. Kalau di luar dah begini, entah macam mana kalau di rumah mereka sendiri? Bersepah juga?" kata netizen. 


    from The Reporter https://ift.tt/2vC1rxz
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment