Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menyarankan golongan nelayan menghargai dan mengenang jasa kerajaan yang telah banyak membantu mereka dengan pelbagai bentuk bantuan dalam mengubah nasib mereka, lapor Sinar Harian.
Beliau berkata, melalui bantuan dan pelbagai inisiatif yang disediakan oleh kerajaan, kehidupan golongan nelayan pada hari ini jauh lebih baik berbanding sebelumnya yang sukar mengubah kehidupan mereka kerana terikat dengan orang tengah menyebabkan kehidupan mereka sentiasa terhimpit.
Malah katanya, golongan nelayan perlu berterima kasih dan menghargai usaha kerajaan sedia ada dengan terus memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.
"Rakyat diberi kuasa untuk memilih kerajaan melalui PRU dan kuasa mereka cukup 'besar' untuk menentukan kerajaan.
"Jadi rakyat kena menggunakan kuasa yang ada dengan bijak dan jangan tersilap memilih kerajaan," katanya.
from The Reporter https://ift.tt/2GZuPPP
via IFTTT
No comments:
Post a Comment