Gara-gara memuat naik gambar dirinya mempromosi produk makanan tambahan bagi menambah ketinggian, pelakon dan pengacara Neelofa ditegur oleh empat pegawai perubatan.
Terdahulu, Neelofa melalui Instagramnya memuat naik gambar mempromosi produk tersebut dengan kapsyen:
"Looking for ways to increase your height? ******** can help you to achieve this! Of course for faster results, you guys have to execise too! Simple streching at home with ******** can improve your height! Visit ******** for proven testimonials and free consultation!"
Perkara itu kemudian tersebar di media sosial dan menarik perhatian tiga pegawai perubatan untuk membuat teguran terhadap Neelofa.
"Sebagai seorang doktor, saya menggalakkan selebriti Malaysia untuk lebih berhati-hati apabila mempromosi produk di media sosial.
"Jika anda tidak tahu apa kesan dan risikonya, mintalah nasihat. Tolong jadi lebih bertanggungjawab memandangkan anda mempunyai peminat dan pengikut yang sentiasa memerhatikan anda, terima kasih," kata Dr. Amalina.
Pakar jantung, Doktor Beni Rusani yang juga dimaklumkan oleh pengikutnya mengenai isu itu memberikan penjelasannya.
"Dari sudut sains dan perubatan, tiada pil atau makanan tambahan yang boleh menambahkan ketinggian manusia kecuali high heels," katanya.
Doktor Rafidah Abdullah dan Doktor Sazone juga menegaskan maklumat yang disiarkan di Instagram Neelofa itu tidak betul. Ini kerana anggaran tumbesaran ketinggian bagi lelaki terhenti sekitar 21 tahun, manakala 18 tahun bagi wanita.
Iklan ubat tinggi sememangnya berlambak dipromosikan di media sosial terutamanya Instagram. Namun yang menjadi persoalannya, mengapa pihak berkuasa tidak menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pengeluar dan pengedar produk yang sudah jelas dan terang menipu pengguna?
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan tidak membeli sebarang produk timbang kilo yang tidak diketahui bahan dan kesan sampingannya terhadap pengguna. Juga diingatkan untuk tidak percaya sebarang testimoni yang ditunjukkan kerana kebanyakan testimoni tersebut adalah palsu dan rekaan semata-mata bagi menyakinkan pembeli.
from The Reporter https://ift.tt/2HtrokH
via IFTTT
No comments:
Post a Comment