Menurut wartawan Harian Metro/Berita Harian, perbicaraan pasangan itu akan berlangsung sebentar lagi dan Bella kini berada di dalam kamar mahkamah dan menunggu kehadiran suaminya.
Sementara itu, peguam yang mewakili Bella iaitu Nor Farhana berkata, kes itu telah difailkan pada 21 Mac 2019 di mana pada prosiding pertama, Aliff tidak bersetuju untuk bercerai dengan Bella secara baik.
"Kes ini telah difailkan pada 21 Mac 2019. Pada prosiding pertama Aliff tidak setuju untuk bercerai dengan Bella secara baik.
"Pada tarikh tersebut juga, pihak mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak membawa wakil bagi proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).
"Proses JKP telah berjalan dengan lancar yang mana kedua-dua pihak akhirnya bersetuju untuk berdamai. Dan pada tarikh kali kedua, kedua-dua pihak tidak hadir, jadi mahkamah menangguhkan kepada tarikh hari ini.
"Saya mendapat arahan untuk tarikh hari ini supaya Aliff bersetuju untuk melafazkan cerai terhadap Bella.
"Berdasarkan apa yang saya dah communicate dengan Aliff, memang dia akan datang pada hari ini," katanya.
LIVE - Permohonan cerai Bella Astillah https://t.co/m2lvRpqaR1— Berita Harian (@bharianmy) May 16, 2019
LAPORAN BERKAITAN
- 'Bila masa aku lepak dengan Aliff?' - Remaja 17 tahun nafi kenal Aliff Aziz, namun gambar mereka mula tersebar di media sosial
- 'Saya akan teruskan kehidupan tanpa Aliff' - Bella Astillah
- Aliff Aziz enggan peduli tuduhan curang, sementara itu Alif Satar terkena tempias buat kali ketiga
- 'Saya minta maaf, tapi saya tak buat apa-apa dengan Aliff' - Nismell nafi dakwaan kacau suami orang
- 'Bodoh apa korang nak fitnah pun agak-agaklah' - Nismell nafi lelaki dalam gambar intim itu adalah Aliff Aziz
- 'Dah banyak kali berlaku, kami dah biasa cuma warganet yang lebih-lebih' - Bapa Aliff Aziz
- 'Ini fasa paling getir dalam hidup saya' - Aliff
from The Reporter http://bit.ly/2VJqtaL
via IFTTT
No comments:
Post a Comment