Susulan viral status Facebook seorang lelaki menghina agama Islam secara terbuka, majikannya, GS Realty Sdn Bhd telah memecat lelaki terbabit berkuatkuasa serta-merta.
Berdasarkan surat pemecatan yang dikeluarkan pada pagi tadi, GS Realty Sdn Bhd memecat Joyslan A/L Vadevalloo sebagai Perunding Hartanah syarikat mereka serta-merta.
"Berkuatkuasa dari tarikh surat dikeluarkan, anda dilarang menggunakan nama syarikat ini, dokumen dan informasi dalam aktiviti rundingan hartanah anda, transaksi, pengiklanan dan sebagainya.
"Anda dikehendaki memulangkan semua dokumen dan aset kepunyaan syarikat ini seperti tag nama, kad akses ke pejabat, borang sewaan, kad perniagaan dan segala dokumen yang berkaitan yang masih berada dalam simpanan anda," kata kenyataan dalam surat tersebut yang ditandatangani oleh Pengarah Eksekutif David Yew.
Terdahulu, Josylan didakwa menghina agama Islam secara terbuka di Facebook sehingga menyinggung perasaan umat Islam di negara ini.
Ekoran tindakannya itu, beberapa individu tampil membuat laporan polis terhadapnya.
LAPORAN BERKAITAN
from The Reporter http://bit.ly/2HoOSK4
via IFTTT
No comments:
Post a Comment