loading...
  • Breaking News

    Thursday, May 16, 2019

    Kronologi kes kehilangan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina


    8 Mei 2019 RABU

    Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40, bekerja sebagai Ketua Jururawat di Hospital Serdang sejak lima tahun lalu, tinggal berjauhan dengan suami dan tiga orang anak perempuannya berusia 10 hingga 14 tahun di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

    Namun, Siti Kharina dilaporkan tidak pulang ke rumah dan tidak melaporkan diri ke tempat kerja oleh rakan serumahnya sejak 8 Mei, Rabu. 

    Rakan serumah memaklumkan perkara itu kepada keluarganya pada jam 10 pagi dan usaha ahli keluarga cuba menghubungi Siti Kharina juga gagal. 

    Kali terakhir Siti Kharina dilihat berada di kawasan parkir Hospital Serdang pada jam 4 petang dan masih pakaian kerja berwarna biru dan memandu kereta model Honda City berwarna putih dengan nombor pendaftaran BEY1361. 


    Suaminya menjelaskan, mereka berdua tidak ada masalah keluarga dan kali terakhir dia bercakap dengan isterinya pada Rabu lalu di mana Siti Kharina memaklumkan dia akan pulang ke Kuala Piliha selepas tamat bertugas pada hari itu. 

    13 MEI 2019 ISNIN

    Masih tiada khabar berita dan tiada sebarang petunjuk mengenai kehilangan Siti Kharina. Usaha mencari Siti Kharina giat dijalankan di beberapa kawasan seperti Seri Kembangan, Nilai, Cyberjaya, Serdang dan laluan ulang alik ke Kuala Pilah dan serta kawasan sekitarnya. Namun, usaha mereka menemui kegagalan. 

    Polis juga tidak berjaya mengesan di mana keberadaan Siti Kharina. 

    Pihak berkuasa dan keluarga mohon bantuan orang ramai mengesan Siti Kharina. 

    14 MEI 2019 SELASA

    Tersebar maklumat yang mendakwa Siti Kharina telah ditemui selamat. Tetapi dakwaan itu disangkal oleh ahli keluarga mangsa. 

    Usaha mencarinya diteruskan, keluarga mangsa turut menggesa orang awam membantu mencari Siti Kharina. 

    15 MEI 2019 RABU

    Mayat seorang wanita ditemui di sebuah rumah sewa di Cyberjaya pada petang Rabu, jam 2.30 petang. 

    Mayat ditemui oleh pemilik rumah datang ke kediaman itu untuk melakukan pemeriksaan selepas penyewanya gagal dihubungi sejak seminggu lalu. 

    Mayat ditemui dalam keadaan reput, dipercayai sudah meninggal dunia sejak seminggu lalu dan terdapat kesan kelar di leher dan dada mangsa. 

    Mayat dihantar ke Unit Forensik untuk dibedah siasat. 

    16 MEI 2019 KHAMIS

    Dua suspek, lelaki Pakistan dan wanita Nigeri berusia 38 dan 35 tahun ditahan awal pagi tadi selepas meneliti video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan kondominium yang disewa mangsa. 

    Setelah disoal siasat, polis kini sedang memburu suspek lelaki warga Nigeria yang dikenali sebagai Aliwajuwon Gilbertalowoniem yang disyaki suspek utama. 



    JAM 3 PETANG

    Suspek utama ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di Cheras Sentral, Kuala Lumpur.

    Tiga suspek terbabit akan direman bersama dan 

    Polis sedang menyiasat motif sebenar kejadian dan menolak kemungkinan mangsa dirompak kerana barang berharga milik mangsa tidak hilang dan tiada sebarang kesan pecah masuk. 

    Polis sedang menunggu laporan bedah siasat sama ada mangsa dirogol atau sebaliknya. 



    Jenazah mangsa telah dibawa pulang ke Kampung Tengah, Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan dikebumikan selepas Asar. 

    Ahli keluarga mangsa menggesa pihak berkuasa mengheret pelaku ke muka pengadilan.

    Sumber: Harian Metro


    from The Reporter http://bit.ly/2LOM3WZ
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment