Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di selatan China meninggal dunia selepas ditinggalkan dalam bas sekolah selama lima jam dalam cuaca yang panas.
Difahamkan, mangsa tertidur dan tidak keluar dari bas bersama dengan rakan sekelasnya apabila kenderaan itu tiba di tadikanya di Wanning, Hainan pada jam 8.30 pagi, 30 Mei lalu.
Pemandu dan gurunya tidak menyedari mangsa masih berada dalam bas dan mangsa hanya ditemui oleh kakitangan sekolah pada jam 1.30 petang.
Suhu di bandar Wanning pada hari kejadian mencecah 33 darjah celsius, menurut biro cuaca bandar tersebut.
Mangsa dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia tiga hari kemudian akibat strok haba.
"Anak saya tertinggal dalam bas, ini betul-betul kecuaian dari pihak guru dan pemandu bas," kata bapanya, Zhou.
Pemandu bas, Wen, dan dua lagi guru wanita bernama Lin dan Fu, ditahan polis untuk soal siasat. Pengetua tadika itu juga ditahan, tetapi dibebaskan kerana hamil lapan bulan.
Tadika itu juga ditutup dan murid-muridnya dihantar ke tadika lain.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter http://bit.ly/2WCrn9r
via IFTTT
No comments:
Post a Comment