Skim perlindungan ini merupakan bantuan dari pihak kerajaan dalam menyediakan perlindungan takaful secara PERCUMA kepada 3.69 juta penerima bantuan BSH yang berusia dari 18 hingga 55 tahun, beserta dengan pasangan mereka.
Skim ini telah berkuatkuasa 1 Januari lalu yang dikendalikan oleh Great Eastern Takaful Berhad dan disahkan patut syariah. Proses tuntutan boleh dibuat bermula 1 Mac 2019 di portal rasmi mysalam.com.my
Penerima akan menerima manfaat pendapatan harian sebanyak RM50 sehari (maksimum 14 hari) sekiranya sedang menjalani rawatan di hospital. Dan sekiranya penerima disahkan mengidap 36 jenis penyakit kritikal, pembayaran wang bantuan sebanyak RM8,000 akan dibuat sekali gus ke akaun penerima.
Berikut dikongsikan langkah demi langkah cara membuat tuntutan mySalam 2019.
- Layari portal rasmi mysalam.com.my dan login menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang dihantar melalui SMS
- Klik “Download Form” dan muat turun borang “Critical Illness – Doctor’s Statement form”
- Serahkan borang tersebut kepada doktor untuk diisi dengan lengkap
- Kemudian login semula ke portal mySalam dan pilih Claims > Claims Submission > CI Claims
- Isi maklumat yang diperlukan dan muat naik beberapa dokumen diperlukan seperti surat pengesahan doktor dan kad pengenalan
- Klik “Submit” untuk hantar tuntutan
- Sekiranya berjaya, wang akan dikreditkan terus ke akaun penerima seperti yang didaftarkan di bawah skim BSH 2019.
SENARAI 36 PENYAKIT KRITIKAL
Berikut senarai 36 penyakit kritikal yang dilindungi di bawah program mySalam.
- Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh Pulih
- Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
- Meningitis Bakteria
- Tumor Otak Benigna
- Buta/Hilang Penglihatan Sepenuhnya
- Pembedahan Otak
- Kanser
- Kardiomiopati Teruk
- Anemia Aplasia Kronik
- Koma
- Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri Koronari
- Kepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
- Ensefalitis/encephalitis
- Kegagalan Hati Tahap Akhir
- Penyakit Paru-Paru
- AIDS Peringkat Teruk
- Hepatitis Virus Fulminan
- Serangan Jantung
- Pembedahan Injap Jantung
- HIV Akibat Transfusi Darah
- Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggang
- Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
- Hilang Pertuturan
- Trauma Kepala Utama
- Pemindahan Organ Utama/ Sum
- Penyakit Neuron Motor
- Sklerosis Berbilang
- Distrofi Otot
- Kelumpuhan / Paraplegia
- Penyakit Parkinson
- Hipertensi Arteri Pulmonari Primer
- Penyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
- Strok
- Pembedahan Aorta
- Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)
- Pelecuran Tahap Ketiga
Untuk makluman, skim ini hanya boleh digunakan oleh penerima mendapatkan rawatan di hospital kerajaan sahaja. Setakat ini, skim mySalam tidak melindungi penerima yang mendapatkan rawatan sepenuhnya di hospital swasta.
Bagi senarai nama hospital yang menerima pakai skim ini, anda boleh rujuk di laman web mySalam atau anda boleh menghubungi careline mySalam di 1-300-888-938 atau emel ke mysalam@greateasterntakaful.com untuk maklumat lanjut.
Sumber: Semakan Online, MySalam
from The Reporter http://bit.ly/2MFxk0R
via IFTTT
No comments:
Post a Comment