Susulan viral video dua lelaki yang melakukan hubungan sejenis dan salah seorang daripadanya didakwa merupakan menteri, Mohamed Azmin Ali hari ini tampil menafikan dakwaan itu.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini yang bersifat tuduhan jahat dan kejam. Saya yakin siri fitnah ini adalah komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadian saya serta menjatuhkan saya dan memusnahkan karier politik saya.
"Saya telah mengarahkan para peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang membuat tuduhan-tuduhan jahat serta terhadap pelaku lain.
"Saya mengutuk sekeras-kerasnya gutter politics. Sesungguhnya ia tidak mempunyai tempat dalam era Malaysia Baharu di mana kita sedang berusaha untuk membina semula negara melalui reformasi institusi dan berpegang kepada politik nilai yang luhur dan murni.
"Saya sama sekali tidak akan tunduk kepada tindakan-tindakan pengecut ini dan percubaan untuk mengalihkan perhatian orang ramai dari isu-isu negara yang lebih mendesak dan kejayaan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dalam melaksanakan dasar pembangunan negara yang mampan dan inklusif.
"Saya yakin polis dan SPRM akan mengambil segala langkah yang perlu berhubung tuduhan jahat ini," katanya.
Tidak beberapa lama selepas Azmin membuat penafian itu, timbul pula video bahagian kedua yang membabitkan Azmin.
Klip terbaru yang tersebar hari ini pula adalah berdurasi 1 minit 29 saat.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Noor Azam Jamaludin berkata, pihaknya menerima laporan yang difailkan seorang individu berhubug klip video tersebut dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.
Sumber: MalaysiaKini
LAPORAN BERKAITAN
- (Video) 'Sayalah individu bersama ***** dalam video viral semalam' - Setiausaha Sulit Kanan pemimpin PKR, buat pengakuan
- 'Badan dia sekarang tak besar macam dalam video' - Rakan politik dakwa FB Haziq digodam
- 'Aku cuma mangsa situasi je' - Rakan dedah perbualan WhatsApp dengan Haziq nafi buat kerja terkutuk itu tetapi...
from The Reporter http://bit.ly/2F2qWuk
via IFTTT
No comments:
Post a Comment