loading...
  • Breaking News

    Monday, June 10, 2019

    'Testimoni minum air kelapa bakar tak mungkin boleh selesaikan masalah sukar hamil' - Doktor FB sangkal petua viral, ustaz tampil beri penjelasan


    Viral di media sosial ketika ini, petua kehamilan yang dikongsikan oleh Ustaz Mujahidin Al Banjari (Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin) yang didakwa telah banyak memberi manfaat dan ramai pesakitnya yang berjaya hamil dengan petua tersebut dan semuanya dengan keizinan Allah. 

    Berdasarkan perkongsian itu, Ustaz Mujahidin berkata, ada seorang pesakit di kampungnya meminta bantuan untuk buatkan kepala bakar. Dengan izin Allah, setelah empat tahun menunggu, akhirnya beliau disahkan hamil. 

    Begitu juga dengan adik iparnya sendiri yang telah setahun menunggu dan menggunakan petua yang sama. Dengan izin Allah juga, adik iparnya hamil dan telah melahirkan anak sulung.. 


    "Kini pesakit saya dari Melaka, datang rumah nak sangat-sangat saya sendiri yang buatkan kelapa bakar ini. 

    "Pesakit ini dah berkahwin 9 tahun masih belum dikurniakan cahaya mata. Disebabkan hajat beliau sanggup susah payah bawa buah kelapa datang ke rumah. Kasihan dengan penanitan 9 tahun, saya penuhi hajat beliau. 

    "Saya doakan agar pertolongan sedikit saya ini dipermudahkan oleh Allah untuk beliau mendapat cahaya mata yang pertama. InsaAllah. Aamiin Ya Allah," katanya. 

    Berikut bahan-bahan untuk membuat kelapa bakar:
    • Kelapa muda
    • Serai dua batang
    • 5-6 biji lada hitam yang ditumbuk halus

    Cara-caranya
    • Masukkan serai dua batang dalam kelapa. Ketuk serai tersebut sedikit kemudian masuk dalam kelapa.
    • Selepas itu, masukkan lada hitam yang ditumbuk tadi ke dalam kelapa dan masukkan secubit garam dalam kelap.
    • Kemudian letakkan kelapa di atas dapur gas dan bakar. Sebaiknya bakar selama 12 - 15 minit dengan api sederhana 
    • Selesai bakar, baca Al Fatihah 3 kali, Al Ikhlas 3 kali, Bismillah 3 kali, Selawat 3 kali. 
    • Selesai baca, minum.
    Sebaiknya ikut aturan ini
    • Diminum sebelum datang haid, jika haid, jangan minum.
    • Sebaiknya mana yang nak merancang kehamilan, mula minum selepas habis period. Habis period terus minum sebiji.
    • Selepas lima hari, buat lagi. Buat berterusan lima hari sekali sehingga datang period semula. Jika period dah datang, terus stop. Cuba buat dalam sebulan saja dulu. 
    • Baik juga diamalkan buat pesakit yang ada masalah dalaman seperti cyst, fibroid. Buatlah dengan izin Allah cyst mengecil atau ia akan keluar sendiri. 
    Tanda-tanda ada gangguan makhluk halus
    • Jika ada gangguan makhluk halus, di dalam perut selepas minum, perut anda akan memulas, sendawa, muntah atau terkentut-kentut busuk. 
    • Sekiranya ada tanda tersebut, perut anda mengalami gangguan makhluk halis. Sebaiknya dapatkan rawatan Islam berhampiran. 
    "Semua atas izin Allah. Ini sebagai ikhtiar, ada sakit minum sekali pun dah hamil. Ada yang buat banyak kali, jika belum rezeki tak juga hamil. 

    "Setakat ini izin Allah ramai saya bantu cara ini dapat membetulkan masalah period, masalah senggugut dan izin Allah banyak pesakit yang berjaya hamil. 

    "Semoga perkongsian kecil ini dapat memberi manfaat kepada anda semua InshaAllah," katanya.

    Bagaimanapun, perkongsian petua ini mendapat perhatian doktor Facebook yang berkata, netizen perlu sedar bahawa minum air kelapa bakar yang dicampur dengan serai dan lada hitam itu tidak mungkin akan menyelesaikan masalah sukar untuk hamil. 

    Ini kerana katanya, adalah tidak logik masalah pasangan tak boleh hamil boleh selesai dengan minum air kelapa bakar. 

    Apa yang penting di sini adalah, perkara itu perlu dibuktikan secara saintifik berdasarkan kajian bertaraf tinggi, bukannya hanya sekadar menunjukkan testimoni.

    Doktor berkenaan menasihatkan ustaz terbabit berhenti menggunakan Islam sebagai alat untuk menghalalkan apa juga perlakuan yang salah kerana ia akan memberi imej yang buruk di mata masyarakat lain. 

    "Testimoni bukan bukti rawatan itu berkesan. Jangan mudah terperdaya hanya kerana yang menuturkannya itu perwatakannya Islamik," katanya. 

    Namun beliau tidak menghalang sekiranya ada pasangan yang mahu mengikut petua itu kerana ia tidak memudaratkan. Tetapi sekali lagi menegaskan bahawa rawatan air kelapa bakar tidak akan merawat masalah kesuburan berdasarkan fakta sains dan menyifatkan perbuatan itu sebagai perbuatan yang tidak ada manfaat. 



    Menyedari perkara itu, Ustaz Mujahidin Al Banjari tampil memberikan penjelasannya di mana selama ini beliau memberi rawatan tanpa menjanjikan bulan dan bintang, mahupun menegenakan bayaran seperti mana yang ditetapkan oleh doktor-doktor. 

    "Untuk pengetahuan doktor, selama saya memberikan rawatan, saya tidak pernah menjanjikan bulan dan bintang dan tidak langsung mengenakan bayaran yang tetap seperti doktor-doktor tetapkan jika buat IUI mahupun IVF yang juga bukan 100 peratus semuanya berjaya. 

    "Kerana apa? Kerana semua izin Allah. Rawatan saya juga tidak hanya kepada si isteri sahaja. Sebelum diberikan rawatan, saya akan bertanya juga dah buat rawatan di hospital atau belum. Saya bukan perawat yang menolak rawatan dari pihak doktor-doktor. Mana yang pernah buat rawatan dengan saya sahaja yang tahu cara rawatan yang saya berikan. 

    "Ye, mungkin saya jahil ilmu sains yang doktor-doktor miliki, tetapi ilmu Allah ini luas, Dia beri kepada sesiapa yang dia berkehendak dan saya tidak langsung mempergunakan ilmu yang saya ada untuk mengaut keutungan kerana saya tidak langsung menetapkan bayaran bagi setiap rawatan yang diberikan dari dulu hingga kini. Malah kami sediakan makan dan minum lagi dengan seikhlas hati sebab saya yakin rezeki itu datang 100 peratus dari Allah. 

    "Saya gunakan ilmu yang tak seberapa yang Allah berikan dengan niat membantu. Tiada langsung memberikan harapan yang tinggi. Testimoni yang berjaya hamil pun semua izin Allah. Ikhtiarlah selagi kita tidak mensyirikkan Allah. Ilmu yang Allah beri ilmu yang tak nampak sebab itu saya tidak pernah menetapkan harga rawatan," katanya. 

    Menurut Ustaz Mujahidin Al Banjari lagi, dia juga telah disekat oleh doktor berkenaan. 


    Sementara itu, beberapa individu yang pernah dirawat oleh Ustaz Mujahidin Al Banjari, termasuk yang bukan beragama Islam tampil memberikan pandangannya. 





    from The Reporter http://bit.ly/2wLuIDM
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment