loading...
  • Breaking News

    Thursday, June 13, 2019

    (Video) 'Kau dah ada 12 anak dengan aku!!' - Isteri belasah pemandu bas kantoi curang depan penumpang


    Seorang pemandu bas di Filipina dibelasah oleh isterinya yang mengamuk selepas mendapati lelaki itu curang terhadapnya. 

    Wanita itu datang menyerang suaminya ketika lelaki itu sedang bertugas di Manila, Jumaat lalu. 

    Keadaan itu memaksa pemandu bas terbabit memberhentikan kenderaan dan perjalanan penumpangnya tertangguh seketika. 

    Klip video yang dirakam penumpang bas menunjukkan wanita terbabit menjerit terhadap suaminya. 

    "Kau ada 12 orang anak dengan aku! Macam mana kau boleh hancurkan keluarga kau hanya kerana perempuan lain!?" jeritnya. 

    Difahamkan, perempuan simpanan lelaki itu turut berada dalam bas tersebut ketika kejadian itu berlaku. 

    Pemandu bas itu sedaya upaya menghalang isterinya dari menyerang kekasihnya. 

    Para penumpang yang lain pula meminta kekasih pemandu itu keluar dari bas tersebut kerana dia telah menyebabkan perjalanan mereka tertangguh. 

    Enggan terlibat dalam kejadian itu, perempuan berkenaan terus mengambil begnya dan keluar dari bas tersebut. 


    Salah seorang penumpang bas, Dwigay Germanes berkata, "Saya sokong isteri dia, mesti dia rasa kecewa sangat bila dapat tangkap suami dia curang. 

    "Mungkin sebelum ini dia dah rasa curiga. Saya tak kasihankan pemandu itu sebab dia memang layak dibelasah isterinya dan kami pula lambat sampai di tempat kerja disebabkan kecurangannya itu," katanya. 

    Ekoran kejadian itu juga, kesemua penumpang terpaksa menggunakan perkhidmatan bas lain dan pergaduhan pasangan berkenaan membuatkan pihak polis trafik termasuk masuk campur. 

    Sumber: Daily Mail


    from The Reporter http://bit.ly/2MLb0CX
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment