Polis menerima panggilan kecemasan dari seorang wanita yang mengadu dia tidak dapat masuk ke bilik kreana ada seekor cicak tokek berada di depan pintu.
Menurut Leftenan Sanae Meungtang berkata, wanita berkata dia ketakutan kerana terdapat seekor cicak besar di pintu bilik sewa dan enggan berganjak menyebabkan dia tidak dapat masuk ke bilik sewanya, lalu menghubungi polis untuk meminta bantuan.
Bertindak di atas panggilan kecemasan itu, pihaknya telah datang ke lokasi untuk menangkap haiwan itu sebelum dilepaskan semula ke habitatnya.
Sanae berkata, itu adalah kali pertama mereka menerima panggilan kecemasan seperti itu.
"Kebiasaannya kami mendapat panggilan kecemasan yang meminta bantuan untuk menangkap ular, tetapi kali ini menangkap cicak tokek," katanya.
Di Thailand, kehadiran cicak tokek ini dianggap berbahaya kerana ia dianggap beracun dan boleh membunuh manusia.
Sumber: Coconut Bangkok
from The Reporter http://bit.ly/2ZebGSS
via IFTTT
No comments:
Post a Comment