Datuk kepada bayi lelaki yang ditemui ditanam hidup-hidup di kawasan bukit pada Ogos lalu ditahan polis selepas dia datang menyerah diri setelah mengetahui berita penemuan cucunya itu disiarkan di televisyen.
Menurut laporan media tempatan, si ibu membawa pulang anak kembarnya itu ke rumah selepas dua hari mereka dilahirkan pada 13 Ogos lalu.
Liu dimaklumkan, salah seorang daripada cucunya itu menghidap masalah paru-paru dan terpaksa bergantung pada mesin sokongan hayat.
"Dia sangat sakit dan tidak dapat bernafas tanpa mesin. Saya sangka dia sudah mati kerana dia tidak bernafas untuk jangka masa yang lama," katanya.
Liu kemudian mengambil keputusan untuk mengebumikan 'mayat' cucunya itu kerana menyangka mangsa telah meninggal dunia, di sebuah bukit yang terletak 23 kilometer dari rumahnya.
Namun, mangsa ditemui oleh dua individu pada 21 Ogos lalu ketika sedang mengutip cendawan. Mereka terdengar suara tangisan mangsa lalu meminta bantuan beberapa penduduk di situ untuk menyelamatkannya dan diserahkan kepada pihak hospital.
Mangsa diberikan rawatan dan selepas disahkan sihat, bayi itu diserahkan kepada seorang doktor yang sudi menjaganya.
Sementara itu, Doktor Wang Lei berkata, bayi itu mengalami masalah jangkitan paru-paru dan diberikan rawatan oleh pihak hospital. Tetapi, pasangan itu pula enggan meneruskan rawatan dan membawa anak kembarnya pulang.
Sumber: Asia One
from The Reporter https://ift.tt/2pVvptY
via IFTTT
No comments:
Post a Comment