loading...
  • Breaking News

    Saturday, October 26, 2019

    Remaja 13 tahun mengaku bunuh budak perempuan 10 tahun


    Remaja lelaki berusia 13 tahun di Dalian, China, ditahan polis selepas mengaku membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, Ahad lalu.

    Bagaimanapun, suspek yang dikenali sebagai Cai, tidak didakwa di atas tuduhan jenayah kerana dia masih di bawah usia 14 tahun dan tidak dilayak didakwa di bawah undang-undang jenayah negara itu. 

    Cai dihantar ke pusat pemulihan pada Khamis lalu dan tiada sebarang kenyataan lanjut dikongsikan polis mengenai kejadian itu. 

    Sementara itu, bapa mangsa mendakwa, Cai mengumpan anaknya ke rumah sebelum menyerangnya secara seksual dan menikamnya sehingga mati. Mayat mangsa kemudian dibuang di tepi jalan. 

    Pasangan suami isteri itu kemudian menemui mayat anak mereka pada waktu tengah hari, Ahad lalu, tidak jauh dari kediaman mereka. 

    Difahamkan, mangsa sebelum itu dihantar ke kelas melukis oleh abangnya dan dia sepatutnya pulang ke rumah selepas kelas tamat pada jam 3 petang. Namun mangsa yang tidak kunjung tiba di rumah membuatkan ibu bapanya bimbang. 

    Sudah menjadi trend di China di mana golongan muda terbabit dalam jenayah serius menyebabkan masyarakat mendesak kerajaan menurunkan lagi umur tanggungjawab jenayah bagi kanak-kanak bawah umur agar pesalah dikenakan hukuman yang lebih keras. 

    Seperti contoh kes yang berlaku pada Mac lalu, remaja lelaki berusia 13 tahun dari Jiangsu didakwa membunuh ibunya kerana mangsa cuba mendisiplinkan anaknya. Namun, remaja itu tidak dikenakan sebagai hukuman kerana masih di bawah umur. 

    Undang-undang jenayah di negara itu menetapkan bahawa kanak-kanak di antara usia 14 hingga 16 boleh dipertanggungjawabkan hanya untuk kesalahan serius seperti membunuh, rogol dan merompak. Manakala bagi usia antara 16 hingga 18 boleh dipertanggungjawabkan untuk semua kesalahan. 

    Sumber: Asia One


    from The Reporter https://ift.tt/32OBl6P
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment