loading...
  • Breaking News

    Wednesday, October 16, 2019

    Inilah Contoh 7 Riak Yang Kita Lakukan Tanpa Sedar Di laman Sosial

    Gamabr hiasan

    Riak merupakan perbuatan yang menunjuk-nunjuk. Secara mudahnya riak ini akan terjadi apabila wujud seseorang yang lain. Tidak akan terjadi riak jika tiada siapa yang kita mahu tunjuk, contohnya kamu hidup di sebuah pulau yang hanya kamu di situ. 

    Kamu melangkah masuk ke dalam surau, baru sahaja ingin melabuhkan punggung untuk duduk tiba-tiba masuk ustaz warden, sebagai Ketua Ibadah, nanti apa pula dia cakap, jadi kamu pun mula solat sunat Rawatib.

    Nampak? Ayat “nanti apa pula orang cakap” yang timbul itu sudah cukup untuk membuktikan kamu hanya menunjuk-nunjuk. Orang yang riak, selalunya tidak istiqomah. Apabila ada faedah, dia akan buat, apabila tiada, dia tidak buat. Maksudnya di sini, jika dia dapat tunjukkan pada orang, dia akan buat, jika tidak, dia tidak buat. 

    Contoh di asrama, selalunya dia akan turun surau awal pada waktu Subuh, tetapi minggu itu, seluruh ahli biliknya pulang ke kampung, dia bukan setakat bangun lewat, malah hanya solat Subuh di biliknya sahaja. Itu, RIAK. Tetapi kena ingat, pada orang istiqomah pun riak ini boleh berlaku.


    7 Contoh Riak Yang Selalu Dibuat Di Media Social

    Pertama:

    Pergi check in kat hospital siap snap gambar ayat berbunga sedih sendu bagai mengalahkan sinetron suruh doakan anak,suami,atuk,nenek,pakcik,makcik kalau boleh semua lah.. padahal nak beritahu check in kat Prince Court Hospital.. Si pesakit pun cuma demam manja je.. Katalah warded kat GH, mati hidup balik takkan ‘check in’ status fb,tweeter,instagram etc kan.. huhu

    Kedua :

    Snap gambar anak dalam rumah dengan caption ‘Alahai anak mama ni bla bla bla..’.. Padahal nak tunjuk sofa, tv, perabot baru atau objek lain latar belakangnya.. Yela.. Kalau tak buat macam tu orang tak tahu kan?.. nak jemput semua orang datang rumah pun setahun sekali je.. Lambat.. hmm

    Ketiga :

    Syukur tak henti-henti.. ‘Alhamdulillah rezeki yang semakin melimpah ruah, makin masyuk..bla bla bla’.. Alhamdulillah itu dan ini.. Padahal nak orang tahu betapa kayanya dan mewahnya aku sekarang (sebenarnya tak ada pun).. Kalau ikhlas nak bersyukur, terus sujud atas tikar sejadah kepada Allah swt.. Jadikan amalan sedekah berterusan supaya dilipat gandakan rezeki.. Sesungguhnya Allah swt itu Maha Pemurah, Maha Mengetahui.. Tak perlu guna facebook bagai sebagai orang tengah!

    Keempat :

    Tangkap gambar dalam kereta.. Eh pastinya nampak stereng sekali.. Caption, biasalah.. ‘Ala jam la jalan’.. ‘Good morning semua’.. ‘Letih la hari ni’.. bla bla bla.. Padahal, motifnya nak tunjuk lambang kereta tu yang penting.. Hello! pak cik dan mak cik yang pakai Mercedes,Lamborghini, Porche pun tak buat gitu tau..

    Kelima :


    Ni selalu akak-akak yang selalu tawaf shopping mall.. Check in kat shopping mall dengan status ‘shopping untuk hilangkan stress’ atau ‘ahh hari-hari shopping habislah duit I’.. atau ‘Hmm, I kalau bershopping macam ni lah..susah nak berhenti.. hahaha.. kelakarkan?’… sebenarnya nak beritahu aku mampu beli barangan jenama Gucci,Prada,Louis Vuitton dan sewaktu dengannya.. Siap tayang paper bag dan tanda harga lagi tau.. kau ado?!

    Keenam :

    Sifat mak-mak yang terlalu sayangkan anak-anak.. 24/7 updatepasal anak dia.. anak dia lah yang paling cerdik, anak dia lah yang paling comel, anak dia pandai buat tu pandai buat ni.. Macam orang lain tak ada anak.. tak pun sibuk update pasal suami dia yang tercinta.. Suami dia yang paling kaya, Suami dia yang paling penyayang, selalu tolong kemas rumah, jaga anak.. ‘Bersyukur dapat suami soleh, penyayang, rajin.. love abang’.. Nak keluar urat perut aku baca status..bblluuwerrkk.. Hmm.. memanglah itu facebook awak, tapi awak bukan Kate Middleton atau Diva Siti Nurhaliza. Orang tak nak tahu pun setiap inci hal rumahtangga awak..

    Akhir sekali :

    Gejala selfie muncung itik.. Tangkap pic sendiri.. Biasalah mulut muncung kedepan, herot kiri kana, dengan caption ‘mukaku tanpa mekap’… ‘mata panda letih tak cukup tidur’..bla bla bla… dengan harapan adalah orang lain komen.. ‘eh u still nampak comel lah’..’nampak muda dari umur sebenar’.. etc etc.. hmm Lu pikir lah sendiri bak kata Nabil

    Maka hindarilah dari bersifat riak! Dalam Al-Quran, Allah swt berfirman yang bermaksud : “Maka celakalah (azab) bagi orang yang sembahyang, yang mereka itu lalai daripada sembahyangnya lagi mereka itu riak.” (Surah Al Maun : ayat 4-6). Dalam Surah Al-Baqarah ayat 264, Allah swt berfirman maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak manusia.”

    Secara mudah kita simpulkan bahawa riak adalah perbuatan yang semata-mata untuk mengharapkan sanjungan,pujian atau penghormatan daripada orang lain. Hal ini adalah bertentangan dengan kehendak islam yang sentiasa menyeru umatnya yang soleh dan solehah beramal atau melakukan perkara kebaikan dengan hati yang ikhlas dan mengharapkan keredaan Allah swt. Sekiranya penyakit riak ini dibiarkan terus bersarang dalam hati seseorang, lama kelamaan ia boleh membinasakan orang yang mengamalkannya..

    Wallahualam…

    Semoga bermanfaat, jangan lupa kongsikan kepada sahabat kita yang lain


    from Sehinggit Media News https://ift.tt/35GHnYO
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment