loading...
  • Breaking News

    Sunday, November 24, 2019

    Tiap Petang, Tiap Hari Anak Akan Tunggu Kita Pulang Dari Kerja. Jangan Kecewakan Hati Mereka, Beringatlah


    Banyak kemalangan jalan raya berlaku sejak akhir-akhir ini, ada yang melibatkan kematian ibu bapa, kematian anak dan juga kecederaan teruk. Yang paling sedih berlaku apabila kemalangan melibatkan ibu bapa dan tinggalah si anak sebatang kara. 

    Anak-anak yang masih kecil memerlukan ibu bapa disisi untuk membesar namun siapa kita untuk melawan takdir. Ajal maut ditangan tuhan.

    Sebagai peringatan untuk kita, berhati-hatilah ketika berada di atas jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang yang menanti kepulangan anda di rumah. Pastikan anda memakai alat keselamatan ketika berada dalam kenderaan.

    Jangan bawa melebihi had kelajuan yang ditetapkan semata-mata ingin sampai ke rumah cepat, kelalaian sekelip mata boleh menempah maut.


    Menerusi perkongsian Marzuki Zulkufly, dia menasihati agar rider-rider sentiasa membawa motosikal dengan berhemah dan jangan terlalu mengikut perasaan.

    Ya, kita semua terkesan dengan berita kematian pasangan yang terbabit dengan kemalangan jalan raya baru-baru ini.


    Sebagai rider yang hari-hari ulang alik pergi kerja bersama isteri, selalu aku pesan pada diri ini, ingatlah anak yang sedang menunggu kepulangan mak ayahnya di rumah. Bila bawak motor, kalau ada rider lain yang bawak laju sambil sailang macam haram, aku tak endahkan.


    Yang cucuk-cucuk belakang konon nak cepat, aku ketepikan motor, bagi je diaorg jalan. Yang cucuk angin kereta motor, aku tak ikutkan. Lori besar laju, ko jauhilah dia. Buanglah ego. Pandanglah kiri kanan dua tiga kali sebelum nak overtake. Biar lambat, asal selamat.

    Tiap hari, tiap petang, anak akan tunggu depan rumah tunggu kami. Jadi biarlah lambat. Asal selamat.

    Al-fatihah.



    from Sehinggit Media News https://ift.tt/2XIRo4n
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment