Buat mereka yang beragama Islam, mendodoikan anak dengan mendendangkan atau mendengarkan alunan selawat sudah menjadi perkara biasa. Alunan selawat yang merdu dan mengasyikkan cukup mendamaikan apabila didengari.
Baru-baru ini tular di media sosial satu rancangan temu bual di India dimana seorang penyanyi latar terkenal negara tersebut berkongsikan lagu yang sering dinyanyikan untuk mendodoikan anaknya.
Rakaman temubual penyanyi ini dalam satu rancangan tular di sosial media sejak semalam selepas dikongsikan oleh @iamjayrahman.
Menerusi video berdurasi 43 saat tersebut, wanita berusia 33 tahun dan berasal dari Kerala, India itu menjawab soalan dari pengacara mengenai lagu apa yang sering dinyanyikannya untuk mendodoikan anak. Sithara menjawab ada banyak lagu dan salah satu yang menjadi kegemaran anaknya adalah satu lagu arab (selawat).
Berikut adalah petikan dari temubual tersebut:
Sithara krishnakumar (non muslim) penyanyi latar popular di Kerala India. Dlm program ni pengacara tanya, apakah lagu yang dinyanyikan untuk mendodoikan anaknya. Sithara kata ada byk lagu dia nyanyi. Yg jadi perhatian, anaknya kerap mahukan satu lagu arab yg berbunyi begini...... pic.twitter.com/OPyFcMMI8w— 𝒜𝒷𝑒 𝒥 (@iamajayrahman) October 29, 2019
Mendengarkan alunan melodi dan lirikanya ia sememangnya lagu zikir ‘Hasbi Rabbi’. Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa kagum apabila mereka yang bukan beragama Islam sukakan lagu Zikir tersebut.
Dalam pada itu ada netizen mempersoalkan adakah artis dari India itu tahu maksud sebenar ‘lagu’ tersebut. Malah, ada netizen berkongsikan dia pernah terdengar jirannya berbangsa India turut menggunakan lagu Zikir tersebut untuk dodoikan anak.
Rakaman itu telah menarik perhatian ramai dengan lebih 67,500 tontonan dan 6,599 retweets serta 4,800 likes.
Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:
“Fuh meremang bulu roma”
“Tertanya-tanya adakah dia tahu maksudnya”
“Dengan aku sekali tertido kalau suara macam tu”
from Sehinggit Media News https://ift.tt/36vWLIj
via IFTTT
No comments:
Post a Comment