Viral di media sosial semalam video seorang remaja perempuan yang didakwa merupakan anak kepada penyanyi tempatan, kelihatan bercumbu dengan teman lelakinya.
Video itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang kesal dengan tindakan dua remaja terbabit jelas sekali telah mencalar maruah keluarga masing-masing.
Penyanyi Nora Ariffin, tampil membuat pengakuan bahawa remaja perempuan dalam video tersebut adalah anaknya.
"Allahuakbar, dengan penuh rasa terkilan, saya mengakui itu adalah dia (anak perempuan Nora).
"Sebagai ibu, kami dah cuba yang terbaik untuk mengajar, membimbing dan mendidik serta memberi apa yang terbaik dan termampu dalam kapasiti yang terbatas. Tetapi sebagai manusia, kita tidak lari dari melakukan kesilapan.
"Dia masih muda dan masih banyak perkara yang perlu dipelajari dan untuk ditempuhi. Sebagai ibu, saya juga banyak kelemahan.
"Saya berharap dia belajar dari kesilapan dia agar menjadi insan yang lebih baik dan meneruskan kehidupan. In Shaa Allah," kata Nora melalui akaun Instagramnya hari ini.
Nora berharap orang ramai memberi ruang kepada keluarganya untuk bertenang sementara waktu dan mendoakan yang baik-baik untuk anaknya.
Sementara itu, Putri Nor Dahlia tampil memberi penjelasan mengenai apa yang berlaku dan berharap netizen memahami keadaan dan situasinya pada ketika itu.
"Saya dipaksa dalam video tu pun boleh nampak saya ke belakang. Saya cuba mengelak. Selepas benda tu berlaku, saya macam duduk diam sebab saya malu dan tak tahu nak buat apa. Saya tak sanggup nak tumbuk dia ke apa, tapi saya marah dia selepas video itu, kitorang dah break.
"Mulut tak gerak pun, saya ke belakang cuba untuk mengelak. Pada saat itu that's the best that I can do.
Kalau korang dalam situasi sama dengan bf/gf korang yang korang dah nasihat banyak kali jangan buat macam tu dan dia dah tarik muka you ke mulut, nak buat apa? Nak tumbuk pun masa saat tu tak terfikir." katanya.
Sumber: Instagram Nora Ariffin, Gempak
from The Reporter https://ift.tt/3gTeJbt
via IFTTT
No comments:
Post a Comment