loading...
  • Breaking News

    Thursday, September 3, 2020

    'Dia hanya YouTuber untuk ambil nama, jangan mudah tertipu' - kata Timbalan Menteri KKMM sebelum memohon maaf di atas kesilapan maklumat


    Jun 2020, usaha seorang remaja perempuan berusia 18 tahun memanjat pokok demi mendapatkan isyarat rangkaian telefon agar dia dapat melakukan peperiksaan secara online, viral di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi dari netizen. 

    Disebabkan viral itu juga, penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu, Veveonah Mosibin, 18, turut diberi sumbangan Yayasan Nur Jauhar dan sumbangan berupakan wang tunai dan barangan keperluan dari isteri Yang Dipertua Negeri sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni. 

    Namun, perkara itu dinafikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin pada hari ini di Dewan Negara. 

    Menurut Zahidi, hasil siasatan pihaknya mendapati Veveonah yang juga merupakan seorang YouTuber tidak menduduki peperiksaan online ketika video itu dirakam. 


    "Untuk pengetahuan Yang Berhormat, adik (Veveonah) yang tadi tersebut seorang YouTuber dan tidak ada peperiksaan. Kita dah semak dah. Dia hanya YouTuber untuk ambil nama, dia terkenal sekejap dan dia buat hanya untuk hiburan," katanya memetik laporan dari PNBBC Portal. 

    "Ini perbuatan yang kadang-kadang kita tertipu dan kadang-kadang kita sebagai Yang Berhormat jangan mudah tertipu dengan YouTuber untuk membuat isu. 

    "Jadi, kita minta Yang Berhormat di kawasan yang tidak ada line atau blind spot, maklumkan pada SKMM dan kita akan segera atasi masalah tersebut terutamanya dari segi pendidikan," katanya. 

    Zahidi berkata demikian dalam menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Donald Peter Mojuntin yang membangkitkan isu video Veveonah yang viral di media sosial dan bertanya tindakan kerajaan bagi memastikan keseimbangan capaian internet di antara bandar dan luar bandar khususnya di Sabah. 

    Kesal dengan kenyataan itu, rakan kepada Veveonah tampil mempertahan dan menegaskan bahawa pada hari kejadian mereka sememangnya ada peperiksaan. 

    "Aku satu batch dengan Veveonah. Masa tu memang kami exam. Kami exam Selasa-Jumaat dan video tersebut diupload pada hari Sabtu yang viral selepas beberapa hari kemudian. 

    "Semasa viral, memang kami sudah habis exam. Sila buat kenyataan yang betul.

    "@ZahidiZainul, siasatan apa yang telah dibuat? Adakah sudah berhubung dengan pihak UMS untuk memastikan tiada peperiksaan yang sedang berlangsung?" kata Wong Gen Hee yang juga menampilkan bukti jadual peperiksaan. 





    Sedar di atas kesilapan itu, Zahidi baru sebentar tadi melalui Facebook rasminya memohon maaf kepada Veveonah. 

    "...saya ingin membetulkan kenyataan mengenai adik Veveonah Mosibin tidak menjalani sebarang peperiksaan ketika video beliau belajar di atas pokok tular di media sosial. 

    "Saya telah mendapat maklumat yang tidak tepat dalam menjawab soalan tambahan. Saya ingin memohon maaf kepada adik Veveonah Mosibin dan juga akan membuat pembetulan di Dewan Negara Isnin nanti," katanya. 


    Meskipun permohonan maaf telah dibuat, netizen masih tidak berpuas hati dan memuat naik komen 'Tidak pasti, jangan kongsi' yang merupakan tagline bagi laman web www.sebenarnya.my milik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang mendidik rakyat menyebarkan info yang sahih sahaja. 

    Sumber: PN BBC Portal, Lobak Merah, FB Zahidi Zainul Abidin, Wong Gen Hee



    from The Reporter https://ift.tt/2GqvzSC
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment