Ismail Muda, 58, tidak menyangka anak perempuannya, Siti Nur Surya, 19, mati dibunuh semalam sehingga pergelangan tangannya putus. Biarpun ada yang mendakwa mangsa dibunuh oleh suspek yang merupakan kenalan mangsa sendiri, namun dia masih mempersoalkan kebenaran itu.
"Betul ke dia yang bunuh?" demikian soalnya, memetik laporan dari Harian Metro.
Menurut Ismail, ketika menyedari terdapat kesan tapak kaki bersaiz kecil di tempat kejadian, dia sudah menjangka suspek yang membunuh anaknya adalah seorang wanita. Tidak terlintas di fikirannya suspek merupakan kenalan dan sebaya dengan anak perempuannya itu.
"Terdapat beberapa kesan tapak kaki berserta darah di atas lantai menuju pintu bilik, selain bedak yang ditabur pada pintu almari dipercayai bertujuan menghilangkan kesan cap jari," katanya.
Ismail difahamkan, anaknya sudah lama tidak berkawan dengan suspek dan tidak jelas apa sebenarnya yang berlaku pada pagi itu sehingga menyebabkan anaknya dibunuh dengan kejam.
"Arwah sudah lama tidak berkawan dengan wanita terbabit. Tetapi tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku sehingga membawa kepada pembunuhan.
"Selepas kejadian semalam, isteri, Zaini Musa, 55, ada bertanya di mana 'kakak' apabila mendapati ketiadaan peneman setianya itu. Saya hanya menjawab kakak demam.
"Saya rasa isteri tidak tahu apa yang berlaku. Pada zahirnya juga tidak nampak dia bersedih dengan apa yang berlaku, tetapi batinnya kita tak tahu," katanya.
Sementara itu, adik yang menemui kakaknya tertiarap tak bernyawa di ruang tamu, Siti Nurliyana Syuhada Ismail, 15, berkata, perasaan sedih mula melanda dan bagaikan mimpi kakaknya sudah tiada bersama dan kejadian itu meninggalkan kesan yang amat mendalam buat dirinya.
"Sedih, rasa macam mimpi kakak (Siti Nur Surya) dah tak ada. Arwah sangat baik, saya akan merinduinya selepas ini, apatah lagi kakak yang selalu menghantar dan menjemput saya pergi dan balik sekolah.
"Tak sangka tragedi berdarah ini berlaku kepada kakak. Ketika melihat mayatnya dengan pergelangan tangan kiri putus, saya takut dan terus keluar rumah untuk menelefon ayah," katanya.
Ismail juga memaklumkan, arwah anaknya itu sanggup mengorbankan peluang menyambung pelajaran selepas tamat tingkatan lima kerana mahu menjaga ibunya yang tidak sihat.
"Dia bercita-cita menjadi seorang pelukls pelan dan sepatutnya menyambung pengajian dalam bidang lukisan pelan senibina di Akademi Binaan Negara Hulu Terengganu Januari tahun ini. Tetapi memikirkan ibunya yang terlantar sakit, dia melupakan impiannya kerana mahu menumpukan perhatian menjaga ibunya," katanya.
Sumber: Harian Metro (Zaid Salim)
from The Reporter https://ift.tt/34QyXQc
via IFTTT
No comments:
Post a Comment