loading...
  • Breaking News

    Monday, November 2, 2020

    'Rusia takkan benarkan sebarang penerbitan anti-Islam seperti Perancis' - Jurucakap Presiden Vladimir Putin


    Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, yang juga Setiausaha Akhbar kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin, berkata pihaknya tidak akan mengizinkan mana-mana media di negara itu menerbitkan karikatur Nabi Muhammad atau mana-mana hasil seni yang boleh menyinggungkan perasaan umat Islam. 


    Peskov berkata, Rusia bukannya seperti Perancis yang menyokong penerbitan seperti majalah satira, Charlie Hebdo, yang menimbulkan provokasi sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. 


    "Kewujudan media seperti itu di negara kita adalah mustahil sama sekali, termasuk dari segi perundangan semasa," kata Peskov, memetik kenyataannya dari portal Daily Sabah, Sabtu, 31 Oktober 2020. 


    "Rusia sebahagiannya adalah negara Islam. Hampir 20 juta umat Islam yang menetap di Rusia. Meskipun agama asasnya adalah agama Kristian dan ramai orang Kristian yang tinggal di sini, keunikan negara kita adalah pada kepelbagaian etnik dan agama di mana semua penganut agama hidup dengan saling hormat menghormati antara satu sama lain," katanya. 


    Kenyataan itu dibuat selepas tindakan provokasi Charlie Hebdo menerbit karikatur Nabi Muhammad yang menyinggung perasaan jutaan umat Islam di seluruh dunia. 


    Penerbitan karikatur yang tidak bertanggungjawab itu mencetuskan gelombang kemarahan dan tunjuk perasaan di seluruh dunia umat Islam serta kempen memboikot produk Perancis.



    from The Reporter https://ift.tt/3855yUC
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment