loading...
  • Breaking News

    Saturday, March 27, 2021

    'Saya disaman kerana guna ekzos 'aftermarket' sedangkan keputusan tahap bunyi motor dibawah tahap maksimum, apa cerita ni??' - JSPT jawab isu viral ekzos aftermarket


    25 Mac 2021, seorang lelaki meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap saman yang dikenakan terhadapnya berhubung kesalahan menggunakan ekzos 'aftermarket' (bukan daripada pengeluar asal) yang dianggap telah mengubahsuai ekzos tanpa kebenaran JPJ. 


    Aizal Ahmad, berang kerana dituduh telah mengubah suai ekzos motosikalnya sedangkan dia tidak berbuat demikian. Sebaliknya dia hanya membeli ekzos aftermarket yang sama rupa serta bentuk seperti ekzos yang asal atau keluaran kilang. 


    "Semasa dalam perjalanan ke tempat kerja di Tol Dua, ada sekatan jalan raya di laluan motosikal. Saya ditahan dan diminta mengeluarkan kad pengenalan dan lesen. 


    "Selepas itu seorang polis trafik bertanya, adakah ekzos motosikal saya 'aftermarket' atau standard kilang? Saya menjawab, aftermarket dan dia terus menyerahkan kad pengenalan saya kepada rakan sekerjanya yang kemudian mengeluarkan saman 'ubah suai ekzos'. 


    "Selepas itu saya membawa motosikal ke tempat menguji tahap bunyi Jabatan Alam Sekitar (JAS). Selepas diuji, keputusan tahap bunyi motosikal saya adalah 91.8db, di bawah tahap maksimum 95db. 


    "Saya disaman sebelum motosikal saya diuji. Saya meminta slip keputusan ujian tahap bunyi dari JAS, tetapi mereka memberitahu saya yang mereka hanya mengeluarkan slip jika tahap bunyi melebihi tahap yang diluluskan. 



    "Jadi saya bertanya tentang saman yang dikenakan, polis trafik itu menjawab saya tetap salah kerana mengubah suai ekzos. Bila masa saya ubah suai? Saya hanya membeli ekzos aftermarket yang sama rupa dan bentuk dengan ekzos standard kilang dan ia lulus ujian tahap bunyi JAS.


    "Jadi, adakah membeli ekzos aftermarket salah di sisi undang-undang? Apa cerita ni?" tulisnya di Facebook.



    Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia mengambil maklum mengenai status Facebook Aizal Ahmad itu dan tampil memberi penjelasan melalui jawapan bertulis kepada MalaysiaKini. 


    JSPT menegaskan, penggunaan semua ekzos aftermarket adalah salah di sisi undang-undang. Setiap pengubahsuaian kenderaan termasuk ekzos adalah tertakluk kepada peruntukan di bawah Kaedah 9A LN 170.59 - Kaedah-Kaedah kenderaan bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959. 


    Pengubahsuaian itu haruslah terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada ketua pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Oleh yang demikian, semua ekzos yang bukan daripada pengeluar asal adalah tidak boleh digunakan. 


    "Mengapa Aizal masih disaman walaupun tahap bunyi ekzos motosikalnya tidak melebihi tahap bunyi yang ditetapkan oleh JAS iaitu 95db?" 


    Menurut JSPT, tahap bunyi dan pengubahsuaian ekzos motosikal adalah dua isu yang berbeza. Tahap bunyi ditentukan oleh alat pengukuran bunyi khas dari JAS, manakala ubah suai ekzos adalah tertakluk kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu dianggap mengubah suai tanpa mendapat kelulusan ketua pengarah JPJ. 


    Sumber: Aizal Ahmad, Malaysiakini



    from The Reporter https://ift.tt/2QKOPzl
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment