Seorang isteri yang berang menggigit zakar suaminya sebagai tindakan balas dendam setelah mengetahui lelaki itu bermalam di rumah perempuan simpanan.
Asifa Nakagolo, 38, didakwa menggigit zakar suaminya setelah mangsa pulang dari keluar malam di Daerah Bugweri, Uganda Timur pada Isnin, 17 Mac 2021.
Ibu hamil itu dikatakan marah kerana Bashir Mukaire tidak pulang ke rumah semalaman dan bertindak menyerangnya sebaik saja lelaki itu pulang ke rumah. Asifa percaya bahawa Bashir telah curang dan bermalam di rumah perempuan simpanan.
Bashir, bapa kepada sembilan anak kini sedang bertarung nyawa di hospital selepas zakarnya digigit sehingga putus sebelum disambung kembali. Lelaki berusia 45 tahun itu dipercayai mengalami kesan koyakan teruk di bahagian kemaluannya setelah Asifa menggigitnya secara berturut-turut di bahagian tersebut.
Namun Bashir menjelaskan, orang ketiga itu bukanlah perempuan simpanan, tetapi isteri keduanya yang kini sedang hamil beberapa bulan. Bashir dipercayai tidak memaklumkan kepada isteri pertamanya mengenai perkahwinan kedua itu.
"Isteri kedua saya sedang hamil, itulah sebabnya saya tidur di sana dan pulang ke pangkuan Asifa di sebelah pagi. Tetapi sebaik saja dia ternampak saya, dia terus menyerang dan menggigit zakar saya sehingga putus dan cedera parah," katanya.
Selepas kejadian berdarah itu, Bashir dikejarkan ke hospital dan masih menerima rawatan kerana kecederaan yang dialaminya sangat serius.
Difahamkan, salah seorang jirannya menghubungi ambulans setelah memaklumkan kepada pasangan itu yang Bashir akan mati sekiranya tidak mendapatkan rawatan secepat mungkin.
Doktor Suna yang merawat Bashir berkata, lelaki berusia 45 tahun itu mungkin tidak akan dapat melakukan hubungan seks sepanjang hayatnya ekoran kejadian itu. Bashir juga dijangka akan membuang air kecil melalui tiub seumur hidup.
"Zakarnya tidak dapat disambung kembali kerana ia telah mati. Kesimpulannya dia tidak akan dapat melakukan hubungan kelamin seumur hidup.
"Dia akan membuang air kecil melalui tiub seumur hidup akibat kecederaan yang dialaminya," kata Doktor Suna.
Jurucakap Polis Busoga Timur berkata, suspek telah melarikan diri selepas kejadian itu dan pihaknya kini sedang giat mengesan suspek.
Sumber: Daily Star
from The Reporter https://ift.tt/3raf0Ms
via IFTTT
No comments:
Post a Comment