Ramai yang gemar melakukan perkara yang baik, terutamanya apabila kebaikan yang dilakukan itu boleh membahagiakan atau menunaikan impian seseorang.
YouTuber Andy Popescu berkongsi di saluran YouTubenya mengenai usahanya untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik, menunaikan impian rakannya, Micul Gigant @ The Little Giant dengan mempelawanya menaiki kereta Lamborghini.
Video berdurasi 21 minit itu menunjukkan betapa terujanya Micul menaiki kereta mewah itu dan beberapa kali mengatakan dia bagaikan tidak percaya diberi peluang untuk merasai berada dalam kereta tersebut. Lebih-lebih lagi apabila Andy membawa Lamborghini itu dengan laju.
"Saya bagaikan tak percaya! Biar betul?! Oh Tuhan! Tolong jangan takut dengan saya, saya berkelakuan macam kanak-kanak bila saya gembira.
"Beginilah reaksi saya. Saya menjerit, banyak ketawa sebab saya gembira. Inilah diri saya," katanya.
Kata-kata Micul itu membuatkan Andy tersentuh dan mengalirkan air mata. Tetapi dia enggan menunjukkan semua itu di hadapan Micul, lalu berpaling ke kiri untuk mengesat air mata yang jatuh di pipinya.
Difahamkan, Micul juga mepunyai saluran YouTubenya sendiri dan menjelaskan dia mula berkecimpung dalam dunia streaming ini kerana mahu mempunyai ramai kenalan di alam maya.
Berbanding di dunia realiti, ramai yang mengelak dan mengejeknya apabila dia cuba mendekati mereka. Kehidupannya sebagai orang kurang upaya pula membuatkan dia berasa terasing, sedangkan dia tidak meminta untuk dilahirkan seperti itu.
Mengenai pertemuannya dengan Andy, Micul berkata dia pada awalnya menghantar mesej kepada Andy di Instagram untuk mempelawa melakukan vlog bersama-sama. Micul bagaikan tidak percaya apabila Andy membalas mesejnya dengan cepat meskipun tahu Andy sibuk dengan rutinnya.
Di ruangan komen, netizen turut tersentuh dengan usaha Andy menunaikan impian Micul walaupun hanya sekadar mempelawanya menaiki kereta itu. Tidak kurang juga ramai yang mengalirkan air mata mendengar kisah hidup Micul yang menyedihkan kerana tindakan segelintir manusia memperlekehkannya hanya kerana dia mempunyai kelainan upaya berbanding manusia biasa.
Sumber: YouTube Andy Popescu
from The Reporter https://ift.tt/2PdILyF
via IFTTT
No comments:
Post a Comment