Seorang lelaki berusia 68 tahun tidak berpuas hati cintanya bertepuk sebelah tangan, bertindak membakar motosikal seorang wanita yang menyebabkan empat lagi motosikal lain turut terbakar.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kejadian itu berlaku di Jalan Macallum, Pulau Pinang pada Ahad, 28 Mac 2021 dan suspek telah berjaya ditahan polis di kediamannya di Lebuh Cecil pada jam 1 pagi Selasa.
Siasatan awal pihaknya mendapati, suspek mengaku melakukan perbuatan khianat itu kerana perasaan cintanya terhadap seorang wanita warga asing tidak dibalas.
"Suspek bertindak membakar motosikal wanita berkenaan menyebabkan motosikal yang terletak berhampiran turut terbakar. Suspek ditahan pagi tadi dan direman selama sehari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/3fpySbY
via IFTTT
No comments:
Post a Comment