loading...
  • Breaking News

    Wednesday, March 31, 2021

    Lelaki dipenjara 2 tahun kerana ugut bunuh kakak tak masak nasi selepas dia bangun dari tidur


    Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan, menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap seorang buruh atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap kakaknya hanya kerana tidak memasak nasi dalam kejadian 17 Mac 2021. 


    Mohammad Shafiq Romly, 33, mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Kamarul Hasyme Rosli. 


    Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Atikah Abd Halim.


    Berdasarkan pertuduhan terhadap tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Mohammad Shafiq pada waktu kejadian yang baru bangun dari tidur telah mengugut mahu membunuh Mahsuri Romly, 37, dan ahli keluarga yang lain kerana mangsa tidak memasak nasi. 


    Tertuduh melakukan kesalahan itu pada jam 9 malam, 17 Mac 2021, di kediaman keluarganya di Jalan Kubur Tok Pah, Kampung Jambu.


    Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda atau hukuman penjara sehingga tujuh tahun, atau kedua-duanya sekali. 


    Siti Edabayu merayu agar mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana mengambil kira hubungan tertuduh dengan mangsa pada masa akan datang. Tetapi Siti Atikah pula merayu agar mahkamah mengenakan hukuman minimum kerana percaya tertuduh telah insaf dan tidak akan mengulangi kesalahnya itu lagi. 


    "Saya yakin tertuduh sudah insaf dan tidak akan mengulangi kesalahan itu. Saya juga memohon hukuman bermula dari tarikh tangkapan dibuat," katanya. 


    Setelah berpuas hati mendengar hujah dari kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap. 


    Sumber: Berita Harian




    from The Reporter https://ift.tt/31yjfqz
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment