loading...
  • Breaking News

    Monday, March 29, 2021

    'Suka hati je kata kita murtad' - Muhammad Sajjad nafi murtad, yakin polis takkan mencarinya


    Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 23 Februari 2021 mengeluarkan waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad Kamaruzzaman kerana gagal hadir ke prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu. 


    Sehingga kini, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) masih belum menahan lelaki terbabit, meskipun telah memohon bantuan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM). 


    Pihak berkuasa percaya, lelaki itu sebenarnya sedang bersembunyi dan masih berada di sekitar Lembah Klang. Usaha pihak berkuasa mendapatkan kerjasama dengan ahli keluarganya juga gagal. 


    Awal pagi kelmarin, Muhammad Sajjad dikatakan membuat 'live' melalui Instagramnya dan dalam masa yang sama dia turut menafikan dirinya telah keluar daripada agama Islam. 


    "Kata kita murtad, suka hati saja (buat tohmahan)," katanya yang menafikan dakwaan keluar daripada agama Islam. 


    Selain itu, dia juga menjawab mengenai beberapa perkara lain seperti bersembunyi daripada pihak berkuasa, serta perkahwinan bekas teman lelakinya, Coach Yin, baru-baru ini. 


    "Bila masa (saya) menyorok. Muka cantik hendak menyorok? Merepek," katanya dengan yakin bahawa pihak berkuasa tidak akan mencarinya kerana polis mempunyai urusan lain yang lebih penting dari dirinya. 


    Sumber: Kosmo Online



    from The Reporter https://ift.tt/2QIvte5
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment