Anggota Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) menangkap seorang lelaki dan pasangannya yang disyaki berkhalwat di sebuah rumah di Jalan Datuk Kumbar pada jam 12.30 tengah hari, Isnin, 22 Mac 2021.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, lelaki berusia 21 tahun yang bekerja sebagai pelayan di kedai makan memberi alasan menumpang di rumah sewa pasangannya berusia 17 tahun kerana dekat dengan tempat kerja.
Difahamkan, JAIK sebelum itu menerima aduan daripada orang awam yang mengesyaki pasangan itu berkhalwat dan bertindak di atas maklumat, mereka terus membuat serbuan ke rumah tersebut.
"Lelaki yang berasal dari Ayer Hitam, Jitra itu bujang dan dipercayai menumpang di rumah berkenaan hampir dua bulan.
"Mereka juga gagal mengemukakan sebarang dokumen membuktikan mereka mempunyai hubungan mahram atau suami isteri," katanya.
Kedua-dua mereka disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014. Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara, atau kedua-duanya sekali.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/399JQOP
via IFTTT
No comments:
Post a Comment