loading...
  • Breaking News

    Thursday, March 25, 2021

    (Video) 'Dia siap ludah.. Ingat parking ni ada tulis nama bapak kau?' - Wanita ludah kereta pengadu yang didakwa merampas petak parking sedangkan...


    Viral di media sosial, video seorang wanita bertindak meludah kereta pengguna jalan raya yang dikatakan merampas petak parkir, sedangkan mereka sudah lama menunggu. 


    Tetapi mangsa (owner dashcam) menafikan dakwaan itu dan mengakui dia tidak menyedari petak parkir itu telah 'dicop' oleh pemandu Perodua Axia berkenaan. 


    "Aku ingat kereta depan teksi ni baru keluar daripada petak parking tu. So petak parking itu kosong. And then aku pun masuk, tak nampak kereta Axia ni yang nak masuk. Tak tau pula dia nak masuk, ingat dia bagi signal ke kiri itu sebab nak keluar dan dia berada di sebelah sana (kanan). 


    "Dia dok hon hon hon, aku ingat dia hon orang dalam bangunan tu ke apa. Dia tak turun cakap nak parking ke apa kan? Dia hon-hon turun tingkap dan cakap 'f**k! f**k! f**k!' 


    "Ehey~ minah ni dah kenapa? Pagi-pagi dah kena rasuk hantu 'F**K'. Lepas tu dia turun terus memaki, bukannya nak cakap elok-elok dengan aku. 


    "(Boleh) cakap nak parking, bukannya aku tak boleh keluar. Takde hal, aku boleh keluar. Tapi kalau dah cara kau memang macam tu, memang aku buat pekak je la kan. 


    "Dia siap ludah tu, tak puas hati. Aduh minah ni, aku cop muka kau kaki ludah.


    "Kes macam ni senang je nak settle. Kau turun cakap 'Bang, saya nak parking. Saya dah tunggu kat belakang ni'. Okey, takde hal. Aku boleh keluar. 


    "Ini kau turun dengan maki-maki dan f*** f**** kau... Kau ingat parking ni ada tulis nama bapak kau? Itu je masalah dia. 


    "Melayu b******, Melayu b******, kau bukan Melayu??" kata owner dashcam. 



    Rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan pengadu, masalah itu boleh diselesaikan dengan cara baik sekiranya wanita terbabit bercakap dengan nada dan intonasi yang sepatutnya. 


    "Suara macam dokumentari, best pula dengar suara owner dashcam ni," kata netizen.


    Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa menjaga akhlak dan kelakuan apabila berada di tempat awam. Selain itu, bersabarlah sekiranya masih mampu berbuat demikian. 


    Elakkan dari melakukan perbuatan yang boleh mengundang yang lain merakam video/gambar diri anda untuk diviralkan di media sosial. Sekali video/gambar diviralkan, adalah amat mustahil untuk memadamkannya.


    Jaga pertuturan, jaga kelakuan, inshaAllah anda bebas dari sebarang masalah.



    from The Reporter https://ift.tt/3fe1W67
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment