Sebuah kereta polis peronda (MPV) mengalami kerosakan teruk di bahagian belakang akibat dilanggar kereta yang dipandu oleh lelaki yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol.
Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada jam 12.40 malam Ahad, 21 Mac 2021, di MRR2 berhampiran stesen Petron Bukit Antarabangsa yang turut membabitkan beberapa buah kenderaan lain.
Sumber berkata, pemandu Mercedes-Benz itu terdahulu bergesel dengan Proton Saga sehingga menyebabkan kenderaan itu terbabas sebelum Mercedes-Benz itu merempuh MPV, ambulans dan motosikal di tepi jalan.
Difahamkan ketika kejadian, polis dan ambulans sedang menyelamatkan penunggang motosikal yang mengalami kemalangan.
Akibat dari rempuhan itu, seorang anggota polis trafik, petugas ambulans dan penunggang motosikal cedera dan dihantar ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan.
Sementara itu, pemandu Mercedes-Benz berusia 28 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut.
Polis menggesa saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat kepada Penyiasat Trafik IPD Ampang Jaya, Inspektor Nurul Faizah Ismail di talian 019-2863581.
Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS
from The Reporter https://ift.tt/3tJv49C
via IFTTT
No comments:
Post a Comment