loading...
  • Breaking News

    Friday, March 26, 2021

    'Telah terbukti kami tidak menyalahgunakan permit rentas negeri' - Isa Khan gesa portal hiburan turunkan artikel berbaur fitnah, lapor polis


    Baru sebentar tadi, pelakon Isa Khan yang juga suami kepada Nur Risteena telah memuat naik kenyataan di akaun Instagramnya yang memaklumkan mereka telah terbukti tidak menyalahgunakan permit merentas negeri yang diberikan. 


    "Pertama sekali saya ingin berterima kasih kepada PDRM kerana telah melaksanakan tugas dengan adil dan bijaksana dalam meneliti kes saya dan isteri yang telah menjadi bualan sejak beberapa hari ini. 


    "Alhamdulillah setelah memberi kerjasama dengan PDRM sebentar tadi, semuanya telah selesai dengan baik. Saya dan isteri telah terbukti tidak menyalahgunakan permit yang diberikan, di mana saya hanya meluangkan masa bersama dengan isteri di tempat kami menginap setelah selesai urusan kerja," tulisnya. 



    Perkongsian itu membuatkan peminat dan pengikutnya meluahkan rasa lega kerana pasangan itu telah terbukti tidak bersalah selama ini.


    Dalam pada itu, Isa dan isterinya turut meluahkan rasa terkilan dengan sebuah portal hiburan yang didakwanya cuba menganiayanya sehingga menimbulkan lebih banyak salah faham orang ramai terhadap mereka. 


    "Sejujurnya saya dan isteri berasa sangat terkilan dengan tindakan ****************** yang berkali-kali cuba menganiaya, menjatuhkan, mengaibkan, menghasut serta berusaha untuk menimbulkan lebih banyak salah faham orang ramai terhadap saya dan isteri walaupun kami telah menjelaskan hal yang sebenar di media sosial. 


    "Dan kami juga telah berkali-kali meminta pihak itu untuk menurunkan artikel yang berbaur fitnah dan tidak benar itu, tetapi tidak diendahkan sama sekali. Mereka malah sengaja memuat naik lagi lebih banyak posting yang menimbulkan lebih banyak kecaman. 


    "Sebenarnya, 22hb itu saya ada mendapat panggilan dari nombor yang tidak dikenali leibh kurang jam 2 petang dan WhatsApp dari individu ********* dari portal hiburan katanya hubungi untuk interview saya. 


    "Kebetulan masa itu saya tengah sibuk dan ingat nak call balik nanti. Tahu-tahu lebih kurang jam 5 petang tu dia dah up artikel yang berbaur fitnah. 


    "Kalau awak desperate nak news sekalipun, tunggulah statement dari saya dulu. Sekurang-kurangnya respect privacy orang. Awak sepatutnya tahu etika awak sebagai seorang wartawan. 


    "Awak siap edit video seolah-olah menampakkan diri saya dan isteri macam penjenayah. Inai isteri saya pun merah lagi, awak nak menganiaya kami macam ni. Awak rasa berkat ke cari rezeki dengan cara macam ni? Halal ke rezeki yang awak dapat tu? Saya yakin orang ramai boleh menilai sendiri.


    "Di sini saya ingin memberi amaran keras kepada ******************* supaya menurunkan semua artikel yang telah terbukti tidak sahih dan berbaur hasutan itu dan tidak lagi memuat naik apa-apa artikel yang menggunakan gambar saya dan isteri di masa akan datang. 


    "Laporan polis telah pun dibuat dan saya akan mengambil tindakan selanjutnya kepada pihak berkenaan," katanya. 



    Terdahulu, Isa dan Risteena dituduh oleh netizen menyalahgunakan surat kebenaran merentas negeri untuk berbulan madu di Sabah. Namun, pasangan itu menegaskan dakwaan itu tidak benar dan mereka mempunyai bukti kukuh yang menyatakan mereka ke negeri itu untuk urusan perniagaan. 


    Sumber: IG Isa Khan



    from The Reporter https://ift.tt/3lUS4zD
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment