Bajet 2023 yang dibentang oleh kerajaan pada 7 Oktober telah terbatal susulan pengumuman pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu, oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
Walaupun banyak inisiatif dan manfaat yang diumumkan oleh menteri kewangan, Bajet 2023 itu tidak lagi boleh digunakan dan satu belanjawan baharu perlu dibentangkan oleh kerajaan baharu selepas tamat Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Dan disebabkan itu juga, timbulnya dakwaan di media sosial yang mengatakan pembentangan Bajet 2023 itu adalah sebahagian dari strategi parti pemerintah untuk menarik undi dan sokongan rakyat sebelum PRU15 diadakan.
Penganalisis politik dan juga Pensyarah Undang-Undang Antarabangsa dan Pengajian Keselamatan UKM, Prof Madya Salawati Mat Basir berkata, pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku selepas PRU15 dan tidak menolak kemungkinan wujudnya kerajaan campuran.
"Bajet sebelum ini sudah terbatal sebab kerajaan bubar. Bila dah bubar, tak boleh lagi. Bajet tak boleh pakai sebab kerajaan baharu nanti Kabinet akan ada orang lain.
"Jadi dalam hal ini, bajet baru mesti dibentangkan oleh kerajaan yang akan menang pilihan raya ini.
"Kerajaan yang baharu ini tidak semestinya kerajaan yang sedia ada, buat kalau kerajaan dengan DAP atau buat kerajaan campuran dengan PKR macam mana? Jadi, memang tidak boleh, memang kena tunggu (untuk dilaksanakan Bajet 2023)," jelasnya.
Ini kerana, setiap kerajaan baharu akan mempunyai Perdana Menteri yang berbeza polisi terhadap negara. Melainkan kerajaan yang sama dibentuk selepas PRU15 adalah kerajaan yang sama, mungkin Bajet 2023 boleh dibentang semula seperti sebelum ini.
Perdana Menteri (sementara) Ismail Sabri ada berkata, Bajet 2023 akan dibentangkan sekali lagi di Dewan Rakyat sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada PRU15.
"Kita dah umumkan bajet. Macam-macam kita hendak bagi kepada rakyat. Semua kita nak bagi ini, tetapi belum luluskan lagi," katanya.
Sumber: Agenda Daily
from The Reporter https://ift.tt/Y1K0yWx
via IFTTT
No comments:
Post a Comment