loading...
  • Breaking News

    Wednesday, October 5, 2022

    'Dah selidik dengan MetMalaysia, jadi kita adakan PRU15 sebelum banjir' - Zahid Hamidi

    Foto Berita Tular


    Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, menyuarakan keyakinannya bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan pada tahun ini, sebelum bencana banjir berlaku pada pertengahan November ini, seperti yang diramal oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). 


    Menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, dia sedar gesaan mengadakan PRU15 itu dibantah oleh pihak pembangkang yang juga mendakwa UMNO tidak mempedulikan nasib mangsa banjir. Tetapi bantahan itu tidak akan menjadi penghalang untuk pihaknya dari terus menggesa PRU15 diadakan pada tahun ini. 


    "Kami sudah berjumpa dan selidik dengan MetMalaysia, jadi kita adakan PRU sebelum banjir," katanya. 


    30 September lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat ketetapan agar PRU15 diadakan pada tahun ini. 


    MetMalaysia sebelum ini melaporkan, negara akan dilanda hujan lebat bermula pertengahan November yang akan menyebabkan bencana banjir besar. Zahid pula mengeluarkan kenyataan bahawa Barisan Nasional (BN) sanggup meredah banjir sekiranya PRU15 diadakan pada hujung tahun ini. 


    Khabar angin mengatakan, Perdana Menteri Ismail Sabri akan membubarkan Parlimen selepas selesai pembentangan Bajet 2023 di Parlimen, Jumaat ini.


    Hal itu mengundang bantahan rakyat dan pihak pembangkang. Malah Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli turut melancarkan petisyen membantah PRU15 diadakan pada musim tengkujuh. 


    Di media sosial, netizen menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap Presiden UMNO itu yang disifatkan mementingkan diri. Netizen juga berharap, Yang DiPertuan Agong (YDPA) menolak permohonan Perdana Menteri Ismail Sabri untuk mengadakan PRU15 pada tahun ini. 


    "Selfish nak mampos. Harap-harap Agong tak setuju. Buatlah pada bulan Februari atau Mac tahun depan, masa cuti sekolah,"kata Azimodin. 


    "Siapa dia nak confident sangat untuk keluarkan statement sebegini? Dah start hujan pun kan. Negara lain dah keluarkan amaran cuaca buruk di negara kita, tetapi ahli politik sibuk memikirkan bont** masing-masing," kata SedihPedih. 


    "Harap Agong baca apa yang aku tulis. Jangan bubar Parlimen, umum darurat politik. Pinda beberapa akta kenapa Parlimen tidak boleh dibubar pada masa ini. Baru padan muka politikus tak boleh berpolitik buat sementara sebelum PRU15 yang akan ditentukan oleh Agong," kata Stinger. 


    Sumber: Kosmo Online, Forum Cari, Berita Harian



    from The Reporter https://ift.tt/CeOLXtr
    via IFTTT

    No comments:

    Post a Comment